Monday, August 31, 2015

Entah

Assalamualaikum

Banyak fikir. Banyak rasa. Banyak segalanya. Memang complicated. Entah. Tak tahu. Macam mana ntah. Sebab terlampau berselirat. Terkadang tak banyak atau tak semua benda kau boleh luah. Kau hanya boleh beri signal tersembunyi dan harap orang yang kau percaya faham apa sebennar yang ada dalam kepala hotak kau. Sebab kalau kau terus terang, kadang2 banyak datangya susah dari senang. Sebab tu lebih baik bagi diam. Hmmmmm. Entah


Friday, April 17, 2015

Mati

Hati mati bila tiap kali pujuk datang sendiri tanpa ada rayu.
Hati mati bila tiap kali dinyah ditolak macam kau tak ada pengertian diri.
Hati mati bila tiap kali pun perlu pikir baik untuk sedap hati
Hati mati untuj sakit jiwa yang dah tanggung selama ini
Aku mati. Sungguh. Untuk kali ini.

Wednesday, April 15, 2015

Luar kotak

Assalamualaikum

Entah lah. Kadang2 apa yang berlaku dekat sekeliling, memang tak boleh langsung untuk kau duga atau persoal kenapa, mengapa atau bagaimana satu2 benda tu terjadi. Kadang2, semua yang jadi pun memang dibawah paras normal waras akal fikiran kau dan tup tup, semua pun dah jadi. Pada saat semua tu dah pun terjadi, bergantung pula pada situasi diri kau dan kepentingan sesuatu itu untuk menentukan tindakan seterusnya yang perlu diperlakukan.

Aku sejujurnya merasakan keabnormalan itu. Serba tidak kena. Serba tidak padan. Ya. Kini semua mahukan yang terbaik. Semua mahukan cepatlah habis fasa ini. Semua pun mahukan keluar dari sini. Jadi letih dan lelah yang tak terbendungkan ini membuatkan semua pun bertindak di atas kewarasan akal fikiran diri sendiri. Jadi, begitulah jua aku insan yang kerdil ini. Tidak semua perkara yang aku boleh install dan simpan sebagai memori tetatp dalam kotak akal aku. Banyak. Dan terlampau banyak perkara besar yang perlu aku dahulukan supaya aku boleh teguh berdiri. Susah untuk memuaskan nafsu orang. Sedangkan nafsu diri sendiri pun terkadang terpaksa aku nyahkan. Inikan pula nafsu orang yang sifatnya berubah-ubah mengikut sistem logik diri seseorang.

Jai, secara tuntasnya tidak lah terfahamkan apa yang aku luahkan ini. Kerana aku sendiri pun mulai ragu dengan penulisan ini. Akhir kata, Semoga semuanya pun bahagia. Semoga semua urusan orang pun senang dan semoga hilang lah segala kusut ini.


Saturday, March 21, 2015

Selamat semuanya

Assalamualaikum.

Dulu. Diwaktu zaman kita pakai selendang tempek dekat muka, Diwaktu zaman kita patuh taat setia pada semua arahan kakak abang senior sampai sejuk kaki tangan, Diwaktu zaman kita semua jalan kaki jauh dengan ketiak berpeluh hapak, Diwaktu kita semua duduk dalam satu bilik yang sama hadap muka sorang-sorang setiap saat tanpa lelah. Kini, waktu itu sudah jauh berlalu.
Kita selalu tidak percaya pada akan sampainya nanti satu saat kita semua akan melangkah pada fasa yang satu lagi dalam hidup.
Kita selalu bercerita tentang "Nanti macam mana. Nanti macam mana".
Sungguh tidak tercapai akal pada tika itu tentang bagaimanakah nanti jadinya masa depan.
Bermain, ketawa, menangis dan bermain, ketawa, menangis dan seterusnya lagi begitu.
Haha. Indah!

Kini, kita masih lagi bersama. Untuk menghabiskan tahun yang terakhir ini bersama sebelum masing-masing pergi jauh melangkah dengan arah cita sendiri. Sungguh cepat masa berlalu. Sungguh sayangnya pada kalian, Allah saja yang tahu.

Selamat Bertunang Sahabat-sahabatku. Selamat menjadi risikan orang. Selamat melangkah ke fasa yang satu lagi. Alhamdulillah, benda yang dulu kita semua tak langsung bayang, tak langsung fikirterzahir satu-satu depan mata. Bahagia untuk kalian, aku titip dalam doa ya.
Semoga kalian sentiasa bahagia dengan pasangan pilihan dan semoga juga dipermudahkan untuk the ultimate fasa yang satu lagi ok. Semoga aku dan kakak menyusul nanti ya. Amin :)

Pipi Love kemua ko muchhhh!!!



Sunday, March 8, 2015

Jatuh

Assalamualaikum.

Dan sebenarnya, betul kata orang.
Dalam sepanjang kehidupan makhluk dekat atas muka bumi ni,
Memang akan ada satu tahap atau masa yang kau akan rasa terpaling bahagia. Terpaling segala yang kau rancang, segala yang kau idam termeterai dengan utuhnya depan mata. Tanpa perlu kau rasa susahnya satu perkara.
Dan sebanarnya
Memang akan sampai jugak satu tahap atau masa bilamana kau rasa macam satu isi masalah dunia jatuh kedebum hempap atas kepala kau. Bertenggek atas bahu kau. Betapa memang tuhan saja yang tahu rasa terpaling jatuhnya hidup kau masa tu. Betapa semua benda yang kau buat seolah tak seiring dengan kehendak rohani kau. Betapa semua benda yang jadi seolah memang tak berpihak langsung dekat sisi kau.
YaAllah. Sungguh. Setiap kali rasa jatuh, setiap kali rasa hilang harap, aku terpaling rasa peratusan iman hilang entah kemana. Untuk setiap rungut yang aku luah, serasa teruknya diri.
Tapi sebetulnya macam mana lagi yang patut aku fikir untuk positif bila semua benda yang jadi dalam hidup aku sekarang jarang sekali nak pihak dekat sisi aku. Untuk aku lontarkan satu persatu apa benda segala perihal tu, rasa macam tak keruan banyaknya.
Seriously, kalau ada yang bertanyakan pada aku "Bila masa yang paling kau rasa sangat jatuh dan sakit?"
Dengan laju selajunya akan aku cakap "Waktu sekarang. Ya. Sebetulnya pada waktu sekarang"
Betul, mungkin terlalu awal untuk aku mengkonklusikan segalanya sekarang sebab masa hadapan tiada siapa yang tahu. Tapi, untuk konteks ruang lingkup yang sekarang, memang tiada ragunya.
Aku sendiri terkadang buntu. Sebab untuk ada fikiran yang selalunya positif tu, aku rasa macam susah betul. Sebab aku tahu pada hakikat yang sebenarnya.
Cepat lah habis semua ini. Tuhan. Aku mahu bergerak pada fasa hidup yang seterusnya.
Permudahkanlah jangan dipersusahkan Tuhan. Sungguh tiada niat untuk aku tak bersyukur. Ampun. Maaf.


Monday, November 24, 2014

Isnin

Assalamualaikum.

Aku jenis orang yang perlu rasa selesa dengan orang sekeliling untuk buat aku sentiasa rasa selamat macam ada dengan keluarga sendiri. Kau tahu kan macam mana rasa selesa dan selamat disetiap kali kau ada dekat dengan keluarga kau. Sampai satu tika kau tak kesah pun apa masalah yang datang, asal kau ada dengan keluarga kau, kau rasa semua masalah pun boleh settle.
Aku paling sedih dan paling tak ada motivasi bila setiap kali hari Isnin. Aku tak tahu kenapa memang tiap kali Isnin datang aku rasa macam gloomy. Macam tak ada rasa ghairah nak hadap the whole day. Seriously. Aku memang bukan duduk satu bumbung dengan keluarga pun sekarang atas sebab tuntutan kerja yang tk berkesudahan. So, kenapa perlu nak rasa homesick disetiap Isnin tiba. Kenapa tak homesick hari lain? Gila. Hmmm.
Mungkin sebab, setiap kali hujung minggu, aku dikeliling oleh individu yang selalu akan buat aku rasa selesa dan selamat macam ada dengan keluarga.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu akan ada individu yang mesti punya akan layan kehendak aku yang tak pernah berkesudahan macam mana keluarga aku layan.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lontarkan apa saja yang aku rasa dekat individu yang sekadar mendengarnya sahaja dah cukup buat aku rasa puas.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lepaskan segala tekanan sepanjang minggu dengan makan makanan kegemaran sepanjang zaman aku dengan individu itu.
Hmmm. Mungkin sebab semua itu juga, rasa tamak untuk miliki individu ini menjadi semakin menjadi jadi. Haihhhh. nafsu pemilikan untuk miliki individu ini dan jadikan dia sama macam keluarga aku sendiri semakin tak menahan. Omputih selalu kata " Be with your family, there's nothing you can hide "

Aku jauh 360km dari keluarga. Aku perlu satu individu mimikan yang semirip keluarga aku untuk aku terus rasa selesa dan selamat berada beratus kilometer dari keluarga. Supaya aku boleh terus gagah untuk hadap beratus percent tekanan harian aku.
Tapi, aku takut kalau kau kena pergi jauh beratus kilometer dari aku. Sebab di masa itu nanti, aku tak tahu mana lagi aku nk pergi untuk terus rasa selesa dan selamat. T_T



Saturday, November 8, 2014

Raina ft Kanto

Assalamualaikum.

Tapi. Buang. Taip panjang lagi. Buang. Betapa susah nak muntah semua idea dalam medulla oblongata.


YOU END, AND ME
THE END