Wednesday, August 1, 2012

Orang jauh..

Assalamualaikum & Hi

Herm, Alangkah bahagianya kalau Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul tu, sebelah je dengan Taman Pulai Indah ni. Boleh jengok2 kalau rasa rindu. Ouh. Jauhnye. Jauh sangat.


Mohd Hamdi Noor bin Abd Hamid,
When everytime I've heard about Kancil, Sentul, Kuala Lumpur, Master and Rindu, 
My mind will always fly all the way from JB to you la gemok.
Haihhhh... Macam yang awak cakap. Kan best kalau dari Kl ke JB tu tak payah ada tol. :)
Jaga diri dan sentiasa jaga diri di sana ye.
Selamat berRA dan mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup dear
:)
imy&ilysm


Because... I miss them

Assalamualaikum & Hi

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang saya kenal dan lihat buat pertama kali nya.
Untuk 3 tahun yang lalu, tapi sepertinya sudah 30 tahun bersama.
Tidak pernah berubah walau sebesar zahrah sekalipun.

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang sentiasa bersama-sama apabila dimarahi suatu ketika dulu.
Sentiasa bersama-sama ketika berpanasan di terik mentari.
Sentiasa bersama-sama menaiki Bas UPM yang sentiasa sesak.
Dan sentiasa bersama-sama bershopping ketika ada jualan tudung di CIMB. *soo ladies :)

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang tahu apa erti sebuah persahabatan.
Yang mengerti apa itu sebuah kebersamaan.
Ye! walaupun ada ketikanya mereka berselisihan pendapat, tapi ianya akan diselesaikan dengan hanya.... Ketawa bersama. yeah! Laughter is the greatest medicine :)

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang pada asalnya berkampung di aras tertinggi Blok Rajawali.
Sungguh, banyak kenangan terindah yang sukar diperjelaskan disini.
Setiap inci kaki lima, ada cerita yang tersendiri. :)

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang punyai cerita hitam tersendiri.
Tetapi, air mata sentiasa dikongsi bersama. Lengan baju menjadi tisu kadang kala.
Tidur bersama bukan lagi perkara asing. Walaupun hakikatnya sempit, tapi terasa luas kerana keakraban itu merentasi segalanya.
Berkongsi perkara gembira, cukup untuk buat mereka ketawa sampai semput. :)

Mereka sicantek manis,
Adalah "sekumpulan cinta" yang mempunyai watak tersendiri yang bisa dimengertikan.
Dia, yang biasa dilabelkan sebagai Kakak paling comel yang mudah letih dan bisa tidur dengan mudahnya tidak kira apa pun situasi. :) Senyuman yang bisa menenangkan hati yang lara, sukar lekang dari bibir.
Dia, si kecik molek yang digilai sentiasa. Mudah tersentuh hatinya dengan cerita sedih. Berhati lembut yang apabila ditanya "Bila last menangis kayangku?" jawapannya akan pasti. "Semalam atau pagi tadi" :) Tertawa sakan walau hanya lawak yang sama dipersembahkan :D *anakkucingkami
Dia, digelar Datinzz vogue kolej kedua. Menolong orang tidak mengira masa. DIbuang jaoh segala kepenatan dan kepayahan jika ada sahabat yang meminta tolong. Sangat disenangi oleh semua orang. Ye! memang mudah bergaul dan sangat menyenangkan :)
Dia, Kakak sulong yang penuh dengan nasihat membina. Melihat gelagat keemakannya sahaja, boleh buat kami tertawa :) Banyak rahsia hati yang tersimpan di lubuk hati. Semua tersimpan rapi, tapi kami sahabat, dan kami tahu almost kesemuanya. 
Mereka "Sekumpulan cinta" adalah pendengar terbaik dan penasihat tegar. :)

Jika hendak dikumpulkan segala kenangan bersama, tidak terkira banyaknya dan kena buat buku yang banyak edition macam Harry Potter and Twilight. :) Ye! susah nak cakap sebenarnya. They are one of the best things that ever happened in my life. "Sekumpulan cinta" yang akan sentiasa bersama walau susah dan senang. Berkumpul dan bergelak bersama.
Semoga persehabatan kami akan sentiasa ada dalam hati. dan tidak akan pernah pudar ditelan zaman. InsyaAllah. Bersahabat kerana Allah, akan terasa sehingga kedalam hati. :)

Meet them: From left Rawdhah,Kak Intan, Naimah, Asma', Farhanie and me of course :) At Ajinomoto's visit

ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS 59:10)





Till then,