Monday, November 24, 2014

Isnin

Assalamualaikum.

Aku jenis orang yang perlu rasa selesa dengan orang sekeliling untuk buat aku sentiasa rasa selamat macam ada dengan keluarga sendiri. Kau tahu kan macam mana rasa selesa dan selamat disetiap kali kau ada dekat dengan keluarga kau. Sampai satu tika kau tak kesah pun apa masalah yang datang, asal kau ada dengan keluarga kau, kau rasa semua masalah pun boleh settle.
Aku paling sedih dan paling tak ada motivasi bila setiap kali hari Isnin. Aku tak tahu kenapa memang tiap kali Isnin datang aku rasa macam gloomy. Macam tak ada rasa ghairah nak hadap the whole day. Seriously. Aku memang bukan duduk satu bumbung dengan keluarga pun sekarang atas sebab tuntutan kerja yang tk berkesudahan. So, kenapa perlu nak rasa homesick disetiap Isnin tiba. Kenapa tak homesick hari lain? Gila. Hmmm.
Mungkin sebab, setiap kali hujung minggu, aku dikeliling oleh individu yang selalu akan buat aku rasa selesa dan selamat macam ada dengan keluarga.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu akan ada individu yang mesti punya akan layan kehendak aku yang tak pernah berkesudahan macam mana keluarga aku layan.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lontarkan apa saja yang aku rasa dekat individu yang sekadar mendengarnya sahaja dah cukup buat aku rasa puas.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lepaskan segala tekanan sepanjang minggu dengan makan makanan kegemaran sepanjang zaman aku dengan individu itu.
Hmmm. Mungkin sebab semua itu juga, rasa tamak untuk miliki individu ini menjadi semakin menjadi jadi. Haihhhh. nafsu pemilikan untuk miliki individu ini dan jadikan dia sama macam keluarga aku sendiri semakin tak menahan. Omputih selalu kata " Be with your family, there's nothing you can hide "

Aku jauh 360km dari keluarga. Aku perlu satu individu mimikan yang semirip keluarga aku untuk aku terus rasa selesa dan selamat berada beratus kilometer dari keluarga. Supaya aku boleh terus gagah untuk hadap beratus percent tekanan harian aku.
Tapi, aku takut kalau kau kena pergi jauh beratus kilometer dari aku. Sebab di masa itu nanti, aku tak tahu mana lagi aku nk pergi untuk terus rasa selesa dan selamat. T_T



Saturday, November 8, 2014

Raina ft Kanto

Assalamualaikum.

Tapi. Buang. Taip panjang lagi. Buang. Betapa susah nak muntah semua idea dalam medulla oblongata.


YOU END, AND ME
THE END