Tuesday, October 23, 2012

Lelaki yang duduk disana

Assalamualaikum & Hi :)

I' ve been gone for quite so long heh. Well, things have been quite hectic for me, as a student. Again! -__-" Graduation Day, Lab Work, Research Proposal, Dating... Eh? Hahhahahahaha. But its okay. Its alright. At least I have something to do. Rase berguna yang teramat bila dapat buatt semua benda instead of bangun lambat and end up dengan rasa pening kepala dan meneruskan lagi kehidupan di atas katil empuk. :)

Okai. Enough for the introduction. And actually this post is going to be about luahan perasaan hati dan jiwa terhadap isu semasa yang berlaku di sekeliling hidup. Phew.......

Awak. Ye awak! Seorang lelaki yang duduk di sana. Tidak pernah mengenali atau dikenali. Tidak pernah bertemu atau ketemu. Dan jauh sekali untuk bersuara atau mendengar suara.
Hanya cerita yag kedengaran dan sangat membangkitkan semangat hati untuk bersuara disini.:)

Mudah menyimpan rasa adalah sifat tertinggi wanita. Mudah menaruh harapan kepada lelaki yang disenangi adalah sifat utama wanita.

Itu, perkara asas yang sangat2 saya ingin tekan sedalamnya dekat awak,wahai lelaki yang duduk disana. :)
Apabila kata2 manis dah awak lemparkan, janji2 mesra dah awak taburkan, Jangan menyalahkan wanita jika ada yang menyimpan perasaan. Kononnya, wanita ini 'Syok Sendiri'. Kononnya, tindakan itu adalah untuk semua wanita. Layanan yang diberikan adalah sama untuk semua. Haiiiihhhhhhhhh!!!

Jangan mudah menyalahkan jika bukan diri sendiri yang dipersalahkan wahai lelaki yang duduk disana. :)  Mungkin awak tidak menyedari bahawa hati wanita yang awak sakitkan itu, dalam lukanya. Bukan mudah dirawat dengan hanya kata2 maaf. Ouh ye! Mungkin sebab awak orang yang tinggi darjatnya. Mungkin sebab awak mempunyai banyak pilihan yang hebat. Atau mungkin sebab keegoan diri telah menutup mata hati. Sehingga lupa pada tanggungjawab sebagai pelindung si pemilik rusuk awak! :)

Cik Abang, maruah wanita itu lebih mahal dari Mahkota Raja ye. Maruah wanita bukan seperti menjual ikan di pasar. Jika sudah pecah, sukar untuk digam kembali. Jadi, jangan ingat awak sudah terlampau agung jika beribu wanita yang menaruh hati pada awak. Bukan perlu sombong,tapi pengawalan pergaulan awak bersama wanita lain itu perlu seiring dengan fitrah diri. Jangan berpura mengambil berat jika hati tidak bermaksud. Jangan berpura memberitahu perkembangan diri juka hanya untuk bermanis kata. Wanita tidak perlu itu jika anda wahai lelaki yang duduk disana tidak ada apa2 maksud yang jauh. Berkawan??? Haruslah boleh yooouzzzzoooollllssss! :) Tapi,anda masih bijak kan untuk membaca tindakan seorang wanita yang sudah mula menaruh harapan? Bila itu sudah terjadi, kawal la balek ye wahai cik abang yang tertinggi -__-"

Kini, bahagialah rasanya Encik abang yang duduk disana. Semoga berterusan lah ye....... :D
Dan...Jangan sangka awak akan sentiasa menjadi pujaan hati. Kerana..... Life is Karma Encik Abang. What goes around comes around. Bear with it when you have to face it someday. :)

Itu sahaja dari saya yang tidak dikenali mahupun mengenali anda wahai lelaki yang duduk disana :)

|Ini hanyalah luahan hati diri yang tidak berpuas hati dengan perkara yang sahabat lalui. Walau awak,wahai lelaki yang duduk disana tidak membaca ini, sekurangnya saya mencapai tahap kepuasan diri sendiri :) |

Lots of love,

Thursday, October 4, 2012

Sebuah cerita

Assalamualaikum & Hi :)

Rabu1715: Selamat tiba di bumi hijau UPM. Alhamdulillah. Hati kembali tenang. Minda kembali kosong. Bersedia sungguh untuk kembali menerima segala bagai tugasan dan tekanan. Yeah!! Battery recharge :D

Epilog cerita cinta : 3 minggu jarak perpisahan, sudah cukub untuk menambahkan lagi sebuah sejarah. Benar, 3 minggu sangat cukub untuk menjalani segala bagai permasalahan dan penyelesaian. Bukan mudah. Tetapi bukan juga sukar jika tersemat keazaman di dalam diri.

"Allah tidak akan menguji seseorang, melebihi daripada kemampuan diri". 

 True indeed :) Ketika berada didalamnya, hati seolah patuh. Minda seolah akur dengan rentak perjalanan cerita. Ye! sudah semestinya ada kesedihan yang terpaksa dibendung jauh dalam sudut hati. *Hati menangis sekuatnya*
Tetapi,like ppl always said, yang pertama itu selalunya lebih rasional dan bijak membuat penilaian. Dan oleh kerana itu, aku tidak melatah. Kasih sayang kepada semuanya yang mendorong diri untuk terus positif dan memberi dorongan kepada si penerima ujian. Sayangnya YaAllah. Teramat sayang. T_T

"Setiap ujian itu, Allah datangkan dengan hikmahnya"

Alhamdulillah. Sejurus sebelum ke teratak bahagia, permasalahan sudah menemui penyelesaian. Dan yang menakjubkan, selepas itu, hubungan menjadi erat. Kasih sayang dan cinta dapat dilihat dan dirasai bersama. :)

JohorBahru28/9-3/10: Kebahagiaan yang tidak terungkap. Weeewwwwiiiitttt ^_^ Ewah2! bagai belangkas. Bagai merpati dua sejoli. dan kami berempat, buat2 tidak faham. Heeeeee.. Aktiviti lama yang sudah lama tidak dibuat :

280912 : AhYong Ikan Bakar. Phewww! Nikmat sambal ikan pari bakar dan Ice Jelly yang tidak terhingga dan terkata mahupun terungkap. Sedap yang amat. :)

290912 : Bersama-sama mencari barangan anak tunggal perempuan kesayangan dengan gembira. :) Nasi Beriyani House for lunch and Hantu Kapchai for dinner. Hahahhaha. We watched movie together. And this is the most favourite day! Iloveyoufamily!

300912 : Sesi melepak dan memasak di teratak bahagia. Indah. Ini adalah kebahagiaan terindah. Makan dan berbual bersama sambil menonton rancangan petang yang voleeeyyyyhlaaa :)

011012 : Mereka mula bekerja dan diri kembali kepada rutin harian sebagai "BIBIK SEMENTARA". ye! memasak makanan simple kegemaran seisi keluarga dan... Mereka semuanya makan dengan menyelerakan. Ouh. Masih sedap air tangan diri rupanya. Heeeeeeee. bahagia :)

021012 : Melayani semuanya dengan sepenuh hati kerana esok, sudah akan ada tangisan -__-" . Dan ye! malam? McDonalds for dinner. Again, chitchating with laughing in it :) Happiness!

031012 : 1330 --- Heading to Keyeelll. Sudah ada tangisan di tangga bas. Bye Cinta. Jumpa lagi convo nanti. :) InsyaAllah.

|Ada hikmah kenapa DIA beri musibbah sebelum datangkan nikmat. Kerana itu juga mata terbuka luas. Terima kasih diatas segalanya keluarga bahagia. Diri ini rasa bahagia berada didalamnya.Semoga kalian semua sentiasa berada didalam lembayung rahmat cinta Allah. Semoga kita semua akan kekal bahagia bersama. Amin ya rabb|

NotaKaki: Minta maaf jika anda berasa entry ini bosan. Kerana saya kepunyaan keluarga bahagia ini, dan sebab itu saya ingin menempatkannya didalam kegemaran :)

"Terima Kasih Cinta & Selamat bergembira dengan sepenuhnya bersama keluarga anda :)"

Johor Bahru with Love ^_^

Till then, take care