Friday, March 21, 2014

Tinta picisan

Assalamualaikum.

Astaghfirullah haladzim Allazilailahalillah Huwalyayyuqayyum Waatubuilaih. Istighfar dengan sebenar-benarnya istighfar. Ada yang kata, dengan sekali kita beristighfar diestiap luahan nafas, Allah akan padam satu titik hitam yang terpalit dalam hati. Segala amarah, ketidakpuasan nafsu dan hasad dengki akan turut pudar. Begitulah yang mereka katakan. Dan harapnya terkesan lah dalam setiap mereka yang ada sakit parah dalam setiap jiwanya.

Serasa diri sudah beri yang sehabis baik dan mampu. Serasa diri sudah persembahkan seluruh jiwa dan raga. Sehingga ada pencinta nasihat untuk kurangkan persembahan diri buat seketika. Takut dimuakan, mereka kata. Tapi, InshaAllah, Pemilik Segala Hati tahu sejauh mana keikhlasan tika itu. Didalam setiap keterpaksaan yang sebentar cuma itu, lebih banyaknya hati terdorong untuk sama-sama rasa bahagia. Sebab sayangnya itu, sudah seakan sama dengan sayangnya pada keluarga. Jadi, sebolehnya jika diizinkan keadaan pada waktu dan ketika memang tak ada sedikit pun rasa untuk menyakitkan. Tetapi, dengan itu jugak Aku demand untuk tidak disakitkan.

Cukup lah. Cukup-cukuplah untuk penderaan emosi ini. Aku mohon. Sumpah. Sudah tidak tertanggung lagi. Di setiap isu baru muncul tanpa Aku sendiri sedar, dan disetiap itulah hati berdegup kencang diluar kawalan otak, disetiap itulah tangan kaki sejuk tak tentu fasal. T_T Emosi dan hati, rasa sudah hancur diinjak-injak. Dalam jiwa nurani setiap insan itu, tidak dinafikan ada keegoan yang datang bersama. Berasa diri yang sebenar-benarnya benar. Orang lain semestinya selalu yang bersalah. Selalu. Dalam hal ini, Aku tidak terkecuali. Rasa hinanya pada diri. Kerana Aku bukan maksum untuk menolak segala hasutan syaitan dengan hanya sekali beristighfar. Tapi, Wallahi, di setiap detik pertambahan waktu Aku bernafas di atas bumi Allah ini, Aku sentiasa cuba untuk mencari kesalahan sendiri lebih dari mencari kesalahan orang lain. Cuba untuk bertanya pada orang rapat sekeliling perihal diri sendiri. Ego yang ada sudah banyak kali Aku letak pada tahap yang terbawah sekali. Ya! Terbawah! Bukan untuk memperlihatkan betapa lemahnya Aku, tapi jika dengan merendahkan ego dapat menyelesaikan masalah, Aku, Akulah orang pertama yang akan mempraktikkan itu. InshaAllah.

Dan, demi sehari, dan kesehari lagi, yang Aku tidak tahu bila penghujungya, Aku sudah mula letih. Sudah mula lelah. Seperti bertepuk sebelah tangan biasanya tidak berbunyi. Aku tak tahu. Dengan ilmu yang Allah beri pinjam ini, akal Aku tidak tercapai untuk merasakan, Adakah letih dan lelah ini, Allah beri petunjuk pada Aku untuk cuba bertenang dan berfikiran secara rasional? Atau adakah Aku masih di takuk lama dengan mengikut perasaan? Atau mungkin adakah semua ini datang seiring dengan misi untuk menjadi lebih matang? Entah. Buntu bila difikirkan. Sungguh buntu.

Dengan serendahnya hati, Aku mohon ampun dan maaf untuk disetiap salah dan tingkah kata.
Memohon maaf untuk disetiap perkara dan detik yang merobek hatimu tanpa Aku sendiri sedar kapan mulanya.
Datanglah, dengan cara apa sekalipun kepadaku untuk kau Listkan satu persatu apa salah Aku. InshaAllah, Aku terima semua dengan senang hati. Sebab terkadang insan lain adalah cermin bagi diri sendiri.
Dan jika perlu Aku datang kepadamu, layanilah aku dengan layanan yang selayaknya Kau beri pada Aku mengikut percaturanmu sendiri.
Kerana Aku, insan yang banyak kurang dari lebihnya ini, tidak berdaya untuk mengawal disetiap emosi sekeliling. Sungguh Aku tidak mampu. Kerana disetiap pengawalan itu, yang selalu merasa sakit dan deritanya adalah Aku.

Mungkin dengan wujudnya tinta ini, akan mengeruhkan lagi keadaan. Akan membuat benda yang selama ini longgar simpulannya akan menjadi lebih ketat. Aku serah itu semua pada DIA. Tapi, tahulah bahawasanya tangan dan kaki, deguo jantung dan hati pada tika ini, sunggah tidak berada pada paras yang normal. Sungguh begitu banyak yang bermain diruang legar otak. Semoga kita semuanya bahagia sampai bila-bila. Semoga sebenarnya ini hanyalah mimpi yang aku sendiri reka sedang pada hakikatnya keadaan direaliti baik-baik sahaja.

Moga

Assalamualaikum

Sabar. Simpan. Buang. Maafkan. Lupakan. Perbaikkan. Ok. InshaAllah. Moga Allah beri jalan. Amin Ya Rabb.