Sunday, January 12, 2014

Counting

Assalamualaikum,

7384 and still counting.:)


Diam

Assalamualaikum.

Berdiam tanpa orientasi reaksi dari tubuh, bukan bermakna kau kalah atau menyerah.

Itu bermakna minda tanpa sedar kau membiarkan mereka berasa menang untuk satu hari lagi.

Bila sabar sudah tidak lagi ketertampungan.
Bila kata hati terkumpul seperti air bertakung di jalanan yang yk terluahkan.

Nah. Pada masa itu, kau muntahkan segala isi yang tk tertanggung sehingga mereka mati kata dan rasa. Baru semua tahu siapa si pengalah itu sebenarnya.

Kerana aku yang pertama

Assalamualaikum,

Pernah tak di sampai satu tahap ketika, di kala iman tidak selari dengan pemikiran dan perwatakan minda, hati kau meberontak tegar melahirkan rasa ketidakbersyukuran engkau diatas setiap kurnia yang Dia Maha Teragung anugerahkan? Ya! Tidak perlu engkau, aku juga. Pada saat ketika umur sementah nasi jelantah dahulu, pada saat pemikiran sepenuhnya berasaskan dari hati jahiliah, aku sering menyalahkan takdir. Aku sering merungut disetiap detik perjalanan hidup. Tolong! Jangan salahkan mereka yang memberi cinta. Kerana. Aku, aku sendiri yang memilih untuk begini. Sedih yang abadi!

Sesetengah dalam kalangan manusia, dirasakan amat bertuah jika dilahirkan ddari dasar keluarga yang duitnya tidak bertepian dan hartanya tidak kehabisan. Disetiap keperluan asas mahupun tidak asas, dilengkapkan dengan sepenuhnya oleh keluarga.
Duit elaun diguna boros bershopping, tidak mengapa. Kerana akan ada yang menghulur. Merungut penat berjalan lenguh kaki ke kelas, tidak mengapa. Sebiji kereta lengkap dengan insuran diri seumur hidup disediakan. Itu tak termasuk dengan lesen kenderaan yang dah sempurna dapat sesejak habis SPM lagi. Mengaduh demam, terus dihulurkan ubat secara live. Phuhhh
Sumpah! Dekat dalam lubuk jiwa aku yang paling dalam, aku sering terdetik. "Pernah tak mereka merasa walau sekelumit kesusahan disebelum kesenangan?", "Tahukah mereka bertapa ramai lagi orang dekat luar yang sangat mendambakan kesenangan tanpa perlu bersusah seperti mereka?". Hmmmmm.

Aku bukan mahu mengeluh atau menyalahkan takdir. Ya! Untuk umur yang meningkat ini. Untuk ilmu sekangkang kera yang ada terpalit dalam jiwa ini, aku tahu bertapa kita hamba Dia perlu sentiasa bersyukur diatas setiap kurniaan. Atas sebab itu juga, aku semakin jarang memlih untuk terus mengeluh dan mengeluh.
Ok. Mungkin ada sedikit cemburu. Biasalah. Aku bukan maksum untuk terus buang sifat cemburu sesama manusia itu secara total. Tapi cukuplah untuk aku katakan, aku tidak cemburu mengkhinzir buta dan tidak pernah menyesali akan takdir aku. Kerana, on the top of that, aku bersyukur. Dikurniakan keluarga bahagia yang sempurna. Aku bersyukur, oleh kerana didikan Ibu Ayah yang tidak pernah memandikan aku adik beradik dengan kemewahan wang ringgit, yang buatkan aku appreciate setiap kesusahan di sebelum kesenangan. For every single cents that I've used, I know there'll be someone out there wish to be at my place.

Aku kakak sulong. Anak yang kepertamanya dilahirkan atas nama cinta suci Ibu Ayah. Dan oleh kerana yang pertama itu, aku galas tanggungjawab maha berat yang tak ternampakkan. Tanggungjawab keatas segala yang aku pikul ini, tidak pernah sedikit pun aku kesali. Untuk terus melupakan keinginan dan kehendak perempuan dewasa yang sentiasa memberontak untuk dipenuhi bukan semudah itu. Tetapi, selagi Dia Pemilik Segala Hati mengurniakan aku rasa kecukupan yang tak terbataskan, sudah cukup bersyukurnya aku. :)

Kurnia Dia, sememangnya tidak bertepi. Disetiap perkara yang terjadi tertulis di kitab lebaran hidup kau, pasti dan sudah dijanjikan ada hikmah yang terpalit. Percayalah. Kerna itu pasti! :)