Sunday, March 8, 2015

Jatuh

Assalamualaikum.

Dan sebenarnya, betul kata orang.
Dalam sepanjang kehidupan makhluk dekat atas muka bumi ni,
Memang akan ada satu tahap atau masa yang kau akan rasa terpaling bahagia. Terpaling segala yang kau rancang, segala yang kau idam termeterai dengan utuhnya depan mata. Tanpa perlu kau rasa susahnya satu perkara.
Dan sebanarnya
Memang akan sampai jugak satu tahap atau masa bilamana kau rasa macam satu isi masalah dunia jatuh kedebum hempap atas kepala kau. Bertenggek atas bahu kau. Betapa memang tuhan saja yang tahu rasa terpaling jatuhnya hidup kau masa tu. Betapa semua benda yang kau buat seolah tak seiring dengan kehendak rohani kau. Betapa semua benda yang jadi seolah memang tak berpihak langsung dekat sisi kau.
YaAllah. Sungguh. Setiap kali rasa jatuh, setiap kali rasa hilang harap, aku terpaling rasa peratusan iman hilang entah kemana. Untuk setiap rungut yang aku luah, serasa teruknya diri.
Tapi sebetulnya macam mana lagi yang patut aku fikir untuk positif bila semua benda yang jadi dalam hidup aku sekarang jarang sekali nak pihak dekat sisi aku. Untuk aku lontarkan satu persatu apa benda segala perihal tu, rasa macam tak keruan banyaknya.
Seriously, kalau ada yang bertanyakan pada aku "Bila masa yang paling kau rasa sangat jatuh dan sakit?"
Dengan laju selajunya akan aku cakap "Waktu sekarang. Ya. Sebetulnya pada waktu sekarang"
Betul, mungkin terlalu awal untuk aku mengkonklusikan segalanya sekarang sebab masa hadapan tiada siapa yang tahu. Tapi, untuk konteks ruang lingkup yang sekarang, memang tiada ragunya.
Aku sendiri terkadang buntu. Sebab untuk ada fikiran yang selalunya positif tu, aku rasa macam susah betul. Sebab aku tahu pada hakikat yang sebenarnya.
Cepat lah habis semua ini. Tuhan. Aku mahu bergerak pada fasa hidup yang seterusnya.
Permudahkanlah jangan dipersusahkan Tuhan. Sungguh tiada niat untuk aku tak bersyukur. Ampun. Maaf.


No comments:

Post a Comment