Thursday, October 4, 2012

Sebuah cerita

Assalamualaikum & Hi :)

Rabu1715: Selamat tiba di bumi hijau UPM. Alhamdulillah. Hati kembali tenang. Minda kembali kosong. Bersedia sungguh untuk kembali menerima segala bagai tugasan dan tekanan. Yeah!! Battery recharge :D

Epilog cerita cinta : 3 minggu jarak perpisahan, sudah cukub untuk menambahkan lagi sebuah sejarah. Benar, 3 minggu sangat cukub untuk menjalani segala bagai permasalahan dan penyelesaian. Bukan mudah. Tetapi bukan juga sukar jika tersemat keazaman di dalam diri.

"Allah tidak akan menguji seseorang, melebihi daripada kemampuan diri". 

 True indeed :) Ketika berada didalamnya, hati seolah patuh. Minda seolah akur dengan rentak perjalanan cerita. Ye! sudah semestinya ada kesedihan yang terpaksa dibendung jauh dalam sudut hati. *Hati menangis sekuatnya*
Tetapi,like ppl always said, yang pertama itu selalunya lebih rasional dan bijak membuat penilaian. Dan oleh kerana itu, aku tidak melatah. Kasih sayang kepada semuanya yang mendorong diri untuk terus positif dan memberi dorongan kepada si penerima ujian. Sayangnya YaAllah. Teramat sayang. T_T

"Setiap ujian itu, Allah datangkan dengan hikmahnya"

Alhamdulillah. Sejurus sebelum ke teratak bahagia, permasalahan sudah menemui penyelesaian. Dan yang menakjubkan, selepas itu, hubungan menjadi erat. Kasih sayang dan cinta dapat dilihat dan dirasai bersama. :)

JohorBahru28/9-3/10: Kebahagiaan yang tidak terungkap. Weeewwwwiiiitttt ^_^ Ewah2! bagai belangkas. Bagai merpati dua sejoli. dan kami berempat, buat2 tidak faham. Heeeeee.. Aktiviti lama yang sudah lama tidak dibuat :

280912 : AhYong Ikan Bakar. Phewww! Nikmat sambal ikan pari bakar dan Ice Jelly yang tidak terhingga dan terkata mahupun terungkap. Sedap yang amat. :)

290912 : Bersama-sama mencari barangan anak tunggal perempuan kesayangan dengan gembira. :) Nasi Beriyani House for lunch and Hantu Kapchai for dinner. Hahahhaha. We watched movie together. And this is the most favourite day! Iloveyoufamily!

300912 : Sesi melepak dan memasak di teratak bahagia. Indah. Ini adalah kebahagiaan terindah. Makan dan berbual bersama sambil menonton rancangan petang yang voleeeyyyyhlaaa :)

011012 : Mereka mula bekerja dan diri kembali kepada rutin harian sebagai "BIBIK SEMENTARA". ye! memasak makanan simple kegemaran seisi keluarga dan... Mereka semuanya makan dengan menyelerakan. Ouh. Masih sedap air tangan diri rupanya. Heeeeeeee. bahagia :)

021012 : Melayani semuanya dengan sepenuh hati kerana esok, sudah akan ada tangisan -__-" . Dan ye! malam? McDonalds for dinner. Again, chitchating with laughing in it :) Happiness!

031012 : 1330 --- Heading to Keyeelll. Sudah ada tangisan di tangga bas. Bye Cinta. Jumpa lagi convo nanti. :) InsyaAllah.

|Ada hikmah kenapa DIA beri musibbah sebelum datangkan nikmat. Kerana itu juga mata terbuka luas. Terima kasih diatas segalanya keluarga bahagia. Diri ini rasa bahagia berada didalamnya.Semoga kalian semua sentiasa berada didalam lembayung rahmat cinta Allah. Semoga kita semua akan kekal bahagia bersama. Amin ya rabb|

NotaKaki: Minta maaf jika anda berasa entry ini bosan. Kerana saya kepunyaan keluarga bahagia ini, dan sebab itu saya ingin menempatkannya didalam kegemaran :)

"Terima Kasih Cinta & Selamat bergembira dengan sepenuhnya bersama keluarga anda :)"

Johor Bahru with Love ^_^

Till then, take care

No comments:

Post a Comment