Kehadapan Hati pujaan Jiwa, *Senyum lebar
Sihat hendaknya hati disana walaupun mutakhir ini, angin sejuk malam yang sentiasa menemani dikala balik dari menunaikan tanggungjawab sebagai seorang enumerator. Semoga awak tidak mudah diserang oleh pathogen yang kejam. Ye!Seharusnya antibody awak juga kuat sekuat hati dan jiwa awak :)
Maaf teramat kerana "LoveLetter" ini lambat dikarang. Bukan sengaja. Tetapi untuk meluahkan isi hati, bukan semudah meluahkan isi mulut. Kondisi perlu berada dalam keadaan yang baik dan menenangkan. Dikala ini, saya disini hanya berseorangan ditemani lagu baru yang penuh syahdu yang berulang kali saya ulang di playlist RealPlayer saya. Wondering what song is it? No worries. Later,I'll dedicate to you. :D
"LoveLetter" ini khas ditujukan untuk awak. Hanya awak dan ianya dikarang oleh saya sendiri dengan seratus peratus datangnya dari hati saya yang terpaling dalam.
Awak, terima kasih yang tidak terhingga saya nak ucap dekat awak atas segalanya. Its sound "Cliche" kan sebab ungkapan ini amat selalu saya ungkapkn.Tetapi, percayalah. Ini adalah ungkapan Terima Kasih yang tertinggi. Teramat tinggi. Sukar untuk meluahkan isi hati apabila berhadapan. Kerana saya akan berasa jiwang. Oleh sebab itulah saya memilih cara ini. :)
Awak antara yang memahami saya sedalamnya selain keluarga dan sahabat. Awak antara yang sentiasa membuatkan hari saya tambah bermakna. Ye! Kesusahan sudah sebati dengan diri. Tidak ade kenderaan untuk membawa diri mengikut arus kemahuan jiwa. Tetapi, saya dapat penuhi kemahuan itu,diatas sifat awak yang sangat memahami saya. Dan, bukan setakat membawa,tetapi juga kerana meminjamkan.Terima Kasih.
Untuk, memberi nasihat yang membina setiap kali saya dilanda kekacauan jiwa dan emosi. Ketika diri berasa kerdil dan lemah, nasihat yang effective tidak akan pernah luput dari mulut awak.Apabila bersama, air mata tidak berasa malu untuk gugur kerana seakan gembira untuk memunculkan diri. Terima Kasih.
Untuk, menerima saya seadanya walau diri tidak sempurna dan banyak kekurangan. Lebih2 lagi dengan masalah "RendahDiriSampaiMati" saya ni, saya tahu awak tidak selesa. Dan lagi juga, dengan masalah Kejelousan yang tidak terungkap ini, saya faham jika hati awak sedih. Terima kasih.
Untuk menjaga saya di sempadan yang sepatutnya. Memnuhi kehendak selera makan saya yang tidak terbatas ini. Terima Kasih.
Jika hendak dikira,tidak tertulis disini segala kebaikan awak. Saya memaksudkan semua ini. *Senyum lebar
Awak,
Saya tahu saya tidak sempurna, Oleh kerana itu saya ada awak untuk bantu saya menyempurnakan saya.
Saya tahu saya punya sifat keanak-anakan kadangkala tidak menyenangkan, Oleh kerana itu, saya ada awak yang matang untuk menegur.
Saya tahu saya banyak memberi kesusahan bagi awak *Terlalu banyak untuk dimention, Oleh kerana itu, kesenangan awak yang banyak membantu saya.
Saya tahu saya tidak cantik, Oleh kerana itu saya ada awak untuk sentiasa meyakinkan saya.
Minta maaf jika sepanjang perkenalan ni, ada inci2 hati dan jiwa awak yang terluka. Tiada niat. Untuk segala kekurangan diri, saya akan cuba untuk ubah mengikut acuan yang sebetulnya. Jauh dalam sudut hati saya, saya mengharapkan hubungan ini akan sampai keperingkat yang seterusnya yang bisa membuatkan kita boleh berdekatan tanpa ada batasan. Agar menjadi halal antara satu sama lain. InsyaAllah. :)
"Aku selalu nampak kau macam sorang budak lelaki yang ada mata innocent. Bila tiap kali aku tengok, mesti aku nampak satu miracle yang menenagkan. Rasa bahagia. :) Pengetahuan yang kau miliki dan sifat tanggungjawab tertinggi yang kau ada yang buat aku jatuh dekat kau la BaloMedi"-NorafilahMdHussin
"Aku tertarik dengan kau bukan sebab kecantikan yang kau ada tapi sebab aku nampak kau pandai menjaga hati IbuAyah. Dan sebab tu jugak, aku rasa kau akan pandai jaga hati IbuAyah aku. Sebab hati yang lebih aku kenal sebelum rupa"- MohdHamdiNoorAbdHamid
"I never thought I’d fall in love but i fell in love with you i never
thought that love could be so sweet, so kind, so true i love you for the
things you do you make my life worthwhile, i love the way you look at
me but most of all i love your smile. Thanks A Lot For Everything :) "
|Blogger, Minta maaf sangat sebab saya jiwang dan mungkin akan mendatangkan kebosanan buat anda dan merasakan yang saya terlebih-lebih. Tapi ini yang saya rasa dan sebab itu, dijadikan kenangan. Bagi chance pleaseeeee *Innocent face|
NotaKaki: tak nk buat SuratCinta untuk saya?* Tersipu malu
Much love and goodnite bloggerland :)
No comments:
Post a Comment