Monday, December 23, 2013

Cinta

Assalamualaikum

Pernah satu ketika dulu. Pada masa dulu-dulu. Waktu bercouple among youngster menjadi trend masa kini yang macam gerek seyh, Aku adalah salah satu hamba pilihan Dia yang turut sama terjelupuk tanpa ada rasa sebarang segan dan silu. Bercinta bagai nak rak macam kau pemilik tertunggal setiap benda yang terzahir dekat muka bumi ni. Waktu tu, any girls yang ada boyfriend sumpah memang jalan mendabik dada sambil tersengih sumbing sebab kononnya bajet laku macam hot items la time tu. Phuhhh!!
Aku, antara perempuan-perempuan sedih yang percaya pada cinta monyet dan janji seranah boyfriend durjana. Janji manis ditabur macam menabur dedak ayam dekat tanah. Busuk! Bukan main. Perempuan. Biasa lah. Kena puji sikit, kena renung sikit, melting point terus jatuh merundum. Pantang kena ayat sikit, terus serah jiwa raga.
Waktu tu aku tingkatan 3, PMR. Bercinta berjanji sehidup semati. Pergi tuisyen sama. Pergi kelas tambahan sama. Pergi lepak mamak sama. Lepak City Square sampai sanggup tunggu bas jalan berkilometer dari rumah. Ketiak berpeluh pun rasa nyaman je waktu tu. Konon macam awek chucktaylor la sebab pakai converse sama-sama. Masa tu, Rasa gerek sebab dapat jalan dengan boyfriend yang pakai kasut converse. Masa tu  la kan. Rasa macam indah. Bunga banyak dalam taman. Biasalah.
Lepas SPM, oleh sebab rasa tak berguna sebab menggangur selama 4 bulan, poket pun ada kupu2. We decided to find a job together. And Yes! As expected, We work at the same workplace. Hahahahaha! Waktu tu rasa boleh mati kalau berpisah. Kebersamaan tidak terjangkaukan. Lepas dapat resukt SPM,  ditakdirkan kitorang dapat sambung dekat Matrik yang sama. It just we took a different courses. Aku budak Science dia budak Account. For the very first time, waktu tu aku jauh dari family. So do him. Jadi We are trying so hard to support each other untuk sama-sama tempuh badai berduri ni. Sweet tak kitorang chuoolssss? Caiitttt. Kononnya lah. Waktu tu sumpah semua indah. Tak fikir sangat masalah luar jangka minda. Yeplah. Pergi kelas sama, makan sama, lepak study sama, balik JB pun sama. Apa ada kisah orang cakap apa. Janji kami bahagia bila bersama.What a life! Bodoh abadi sungguh. But still, tak ada lah sampai tahap belangkas pun berkepitnya sebab selain dari dia, minda aku masih ada memori bahagia tak terkata dengan baby girls aku. The pontots :)
So the routine going on and on sampai lah setahun habis. And this is when all the sadness started. Aku rasa, dalam bertahun percintaan ni berjalan dengan sangat indah dan lancar tanpa sebarang harm, but suddenly storm come after rain. So sad. Haihh. Nak dijadikan cerita, dan sememangnya sudah termaktub dalam perjanjian yang dijanjikan untuk aku oleh Dia Pencipta Tertinggi, We enter a different Uni to further our Degree. And of course this situation seems to be so hard for us for the beginning. Tapi lama-lama times flew away and we started to get used of it. Tahun pertama masih tak berubah. Jalan hidup bercinta macam tak endah orang lain. Setia macam nak mati. Tapi, semua berubah pada tahun kedua.
Layanan dah jadi terlampau biasa. Percintaan jadi hambar pahit payau macam teh tanpa gula. Bila berbual berjumpa lebih banyak persengketaan dan perbalahan. Semua jadi tidak mengena. haihhhh. Dan. Dan. Dan. Of course lah bila dah start rasa tawar, hati dah tak berdegup seirama, maknanya ada orang ketiga yang datang menyelit di sebalik kejanggalan. Dia tinggal aku sebab perempuan tu, classmate dia. Entah. Waktu tu rasa sedih yang amat. Rasa dunia kosong. Rasa macam tak percaya dia boleh betray aku seteruk itu. Tak beragak. Hmmmm. Entah. Sampai sekarang pun dia berhutang penjelasan dekat aku yang memang sepatutnya lama dulu dia bayar. Tapi aku pasrah je. Konon bajet perempuan tough kena dump dengan boyfriend macam tu je. So sad!
Tapi sekarang, lepas 3 tahun dah berlalu, aku sumpah tak rasa ralat pun kena tinggal dengan orang yang macam itu. Sebab aku fikir. Nasib baik dia dump aku sekarang, dari dia ceraikan aku lepas aku dah bagi 1/2 dozen anak dekat dia nanti. Lagi parah. Hidup ni karma. What you did, you get back. Aku pernah perdajal orang satu ketika dulu, dan karma dah lempang aku dengan penuh amarah. Mungkin karma dia belum sampai lagi. Aku, memang tak pernah berdendam, apatah lagi mendoakan yang bukan-bukan untuk dia. Sebab untuk jadi sekejam itu, aku butuh cat minyak hitam yang likat untuk sapu dalam hati. Dan kalau bukan kerana dia buat aku sedar betapa cinta itu adalah objek yang tak terlihatkan dan tak ternampakkan dengan mata kasar, aku tak dapat peluang untuk berjumpa dengan seseorang yang aku kira cukup faham aku seadanya. Seorang Guardian Angel yang buat aku berubah dari seorang budak perempuan kepada seorang perempuan. Banyak ajar aku tentang cara bercinta yang lebih realistik dan bukan fantasi.
Semoga Tuhan hadirkan cinta yang sebenarnya cinta antara aku dengan dia, Hamdi Hamid.
Untuk cinta lama yang rapuh dan remuk itu, akan sentiasa menjadi kenangan terpahit dalam hidup. Setiap orang ada masa hitam yang dina. Tapi jika diri membiarkan yang kelam itu menjadi aras kewarasan minda untuk hari mendatang, jadi ia memang datang untuk pengajaran.
Minta maaf untuk kata yang tersinggung. Minta maaf untuk semua yang terluka. Semoga bahagia sampai bila-bila.

p/s: Bapak panjang entry ni, Phuuhhh! Sumpah tak terniat untuk taip sepanjang ini. Ini lah akibat membiarkan jari runcing menari tanpa batas. Ampun. Ampun



Saturday, November 16, 2013

Sang pencinta

Assalamualaikum.

Bulan cantik nun dia atas.
Bintang bagai menari begempitangan.
Umpama rancaknya gerak degup hati tika ini.

Kau pencinta yang setia,
Jutaan  lemon Terima Kasih.
Untuk cinta yang tidak berbelah bahagi.
Untuk sayang yang idak bersempadan.
Untuk setia yang berpanjangan.

Kau pecinta, membuat malam aku terang.
Panas aku tenang.
Kau pencinta, membuat aku rasa istimewa.
Walau tidak pada semua tapi sekurangnya ya pada kau.

Mungkin aku tidak secantik bidadari.
Tidak seindah serikandi pujaan jejaka.
Tapi aku. Aku yang berdiri di sini.
Sentiasa ada untuk kau. Mungkin semua ini sememangnya sudah tersurat tertulis untuk kita.
Dan aku tidak pernah menyesalinya.
Untuk kini dan selamanya.
Dengan izin Dia Yang Tertinggi.
Semoga gembira sampai bila-bila :)


Terkadang

Assalamualaikum.

Hati resah.
Bagai ada sesuatu yang menyinggah.
Tidak diundang. Apatah lagi dijemput.
Datang dengan sendiri membuat kan hati penuh dengan tanda tanya.
Minda bagai sudah lelah untuk memproses.
Huuuummmppphhhhh. Mengeluh. Mengeluh. Mengeluh.
Itu sahaja yang mampu.

Untuk air mata tumpah,
Untuk kain perca basah dek kerana banjir dari pancaindera.
Sudah terasa cukup gembeng.
Cukup lah. Cukup lah.
Untuk kesemua ini.

Enough said



Friday, November 15, 2013

Opaaaaa! Harabuji! Yobboo!

Assalamualaikum,

Terkadang, terdetik dalam lubuk hati paling dalam ;
"Kenapa mesti hati luruh lentur macam ais cair bila tiap kali layan drama korea?"
Lagi bila tak boleh menahan bila Lee Min Ho yang jadi hero!
Ouuuhhhhh! Benci aahhh bila kena fefeeling gini.
Geli beno rasa.-__-"
Ahhh. Hati cakap mungkin sebab part romantic dia yang tak menahan tu.
Part sifat setia cinta sampai matikk di tambah pula dengan kemasyukan lagu tema di setiap babak klimaks!
Mana nak boleh tahan beb. Tak boleh punya. Kental liat mana pun hati perempuan,
Perempuan will always be a perempuan.
Sumpah confem, kalau tak sesudu, secubit rasa tu mesti ada punya ah perasaan berangan kehidupan jadi sebijik sejibon macam gitu. Kan? Kan? Gotcha ladiess :)

Dan oleh sebab itu, bermula lah adegan situasi normal para pencinta sekalian.
Apabila bermulanya permintaan luar jangka otak dari si gadis supaya jejaka idamannya memainkan peranan umpama klon pada watak hero korea.
And yeah, this is where it's all started. Ha. Ha. Ha.
Harus wajib la kebanyakkan lelaki sejati melayu rasa tercabar lagi tercaras apabila di banding-bandingkan.

Katanya perempuan tak realistik. Katanya perempuan suka berangan-angan ala2 kisah dogeng!
Watak itu semua hanya fantasi. Tidak mungkin wujud di alam realiti yang fana ini.
Eh kemon la oppa! Eh? Hik.Hik.Hik. Ok. Kemon la abang.
Kami tahu la semua tu tak realistik.
Kami tahu la semua tu macam di luar kemampuan abang-abang sekalian.
Kami dok harap lebih pong cik abe weiiii.
Part yang sexuality tu memang lah macam pelik beno bagi pencinta yang belum halal baginya kan.
Tapi cuba buka otak. Buka minda untuk sekejap cuma.

We women demand to be love without any hesitation.
We women demand for full protection from any harm.
Demand for love that we deserve for.
Demand for sincerity. Demand for loyalty. Demand for sense of belonging.
It is not that hard kan Abang? :)

Do not take our heart for granted can you?
Ye! Bukan semua perempuan itu setia. Ada juga abang-abang yang kena dumb tepi jalan kan?
Ye! memang perempuan juga boleh jadi sekejam yang tidak pernah otak boleh fikir.
Tapi.. Tapi.. Tapi.. Kalau sebab seorang perempuan buatkan abang judge semua perempuan dalam dunia macam gitu, You have to remember this one fact. That, your mom is a women too kan?
So, chill boleh?

Aku just nk point out certain things,
Memang susah untuk dapat hidup sebiji macam jalan ceita seromantic seindah drama korea.
Sebab Dia Yang Maha Agung dekat Atas Sana sudah cantik-cantik lakar jalan hidup setiap pencinta sekalian.
Jadi, siapalah aku hamba serendah darjat to ask for more kan?
Tapi, apa yang aku tahu;
We can always improve our life. We always have the power to choose our way of life.
To love and to be loved is the right of every human on earth.
Untuk abang pencinta sekalian, take a very good care of your serikandi hati ok.
Don't ever hurt your women feeling like you never want to watch your mom's tears drops because of your father. As simple as that. Life is simple. Karma will always be there to haunt you. Just live your life nicely and treat peoples as you want them to treat you :)
Enough said.
Live well ppls :)

P/S: This is so random post. Tak ada kena mengena berkait dengan siapa siapa. Just a random thoughts. He. He. He. Ouh Ye! Tahu tak sekarang ni rasa macam nak pengsan layan work art terbaru Min Ho oppa; The Heirs. Phuhhhh! Superb habis. He is just my type. Opsss! Ok. Memang kena balun la lepas ni dengan kakanda tercinta. Hehe.
 

Tuesday, September 3, 2013

Sebab IMAN masih RAJA

Assalamualaikum,

Orang kata DENDAM itu menghitamkan hati. Menyesatkan jiwa. Mematikan akal.
Orang kata DENDAM itu sifat tertinggi bagi orang yang tidak ada iman dalam hatinya.
Orang kata juga DENDAM itu bisa menyembunyikan apa yang terzahir meluahkan apa yang tersimpan.
Orang yang ada DENDAM dalam dirinya selalu dikatakan mundur. HA. HA. HA. So lame!

DENDAM. HATRED. GRUDGE.

Sama maksud. Sama terjemahan. Sama pengertian. HURMPHHH!
Kau tahu? Apa yang aku simpan? Yang aku rasa selama ni? Haihhhh. Mungkin ayat ini agak sarkastic. Iyalah! Aku bukan lahiran sastera. Bukan anak utama A.Samad Said agungan bahasa. Aku hanya terjemahkan apa yang hati bicara.

Dikala ini mungkin aku membawakan watak antagonis. Mungkin ramai yang akan memberikan komen merundum mengatakan aku tidak pandai mengawal jiwa. Tapi apa aku rasa hanya aku dan DIA yang tahu.
Kau tahu kau yang aku maksudkan. Kau lah. Hah kau. -___-"
Mungkin bukan KAU seorang tapi KAU BERDUA! Aku benci lah bila aku perlu berada dalam fasa yang macam ini. Hilang semua yang orang nampak baik dekat KAU BERDUA tapi tidak pada aku. Kau faham tak macam perasaan LOSER? L to the O to the S to the E to the R? Hah! Macam tu lah manis rasanya.

Tapi kalau diberikan pangkat DENDAM, aku punya baru level 0.5 la. No significance value lagi sampai nak ambil tindakan drastik bodoh tak ada ilmu tu. Itu yang kau fikirkan? GOTCHAAA! HA. HA. HA.

YOU TALKED THE TALK, BUT YOU DON'T WALK THE TALKED.
Hah! kau lah tu. Kalau lebih sakarstik lagi maksudnya macam ni;
KAU CAKAP TAK SUPA BIKEN MACAM CAKAP DENGAN PUNGKOK AYAM.

*Idea stuck untuk yang ke sejuta kali. Nampak tak betapa susahnya nak describe perasaan DENDAM ni. Musibat betol*

Senyum KAU BERDUA di setiap gambar. Happy KAU BERDUA di setiap inci laman sesawang yang kau papar percuma buat aku rasa LOSER dan HINA. Sedangkan pada hakikatnya tak perlu pun untuk aku jatuh lowered kan self esteem aku pada kau sedang sebenarnya kelebihan itu banyaknya terletak pada aku. Tapi. Tapi. Tapi. Sebab terlampau DENDAM OBSES, benda itu lah yang terjadi. Hakikatnya lah. *Sigh*

Aku benci pada hakikat aku perlu jatuh dalam kancah yang KAU BERDUA bina.
Aku benci pada hakikat KAU buat aku rasa macam alasan kau dulu hanya satu itu tanpa sebarang muslihat tersembunyi dalam gelap.
Aku benci pada hakikat aku rase LOSER UNTUK KE 1000 KALI tiap kali TER---- pandang potret KAU BERDUA.
Dan...Aku paling berasa benci untuk hakikat yang aku perlu buat KAU BERDUA umpama kemestian dalam hidup aku!

Hakikat terutama ----- adalah satu daripada KAU BERDUA yang sebenarnya buat aku lagi rasa LOSER TAHAP DEWA TERAGUNG. SHE! SHE! SHE!
Tidak pernah bersua muka apatah lagi berkongsi kata dan suasana. Tidak pernah mengenali atau dikenali. Tapi KAU. KAU yang sebenarnya buat aku banyak DENDAM ni. -___-"
Mungkin bagi orang sekeliling KAU BERDUA adalah satu khazanah terpelihara. Tapi bagi aku, KAU BERDUA umpama khazanah yang aku sendiri dah tanam dalam lubang paling jauh dalam jiwa aku! 

Sumpah Wallahi aku harap sangat tak akan jumpa THE SECOND YOU ataupun THE REAL YOU dalam hidup aku lepas ni. Sebab sebenarnya orang yang aku perlukan memang sudah terbentang luas dihadapan mata. Betapa aku bersyukur dengan penjelmaan dia dalam aku.
Aku cuma suratkan ini atas sebab aku punyai kepuasan tiap kali menikmati hasil nukilan ini. Hah! Sebab tu.

Kalau KAU rasa dengan senyuman yang KAU BERDUA bina dalam setiap potret itu membahagiakan, jangan lupa. Aku tak pernah rasa macam itu. Sebab bagi aku. Pendapat aku. Itu semua tidak lebih dari sebuah pandangan TAJAM dan KEJAM!

Aku masih ada Iman. InsyaAllah. Masih ada taqwa. Jangan pernah kau rasa terancam. Sebab macam KAU BERDUA, aku disini kekal bernafas atas izin dan kehendak DIA YANG MAHA TERAGUNG. 
Untuk sifat DENDAM ini, hanya akan terbuku dan tersurat disini. Untuk memaafi sepenuhnya, aku bukan semulia itu untuk melupakan.

WHAT GOES AROUND, COMES AROUND
WHAT YOU DID, YOU GET BACK
I HOPE KARMA WILL SLAP YOU BEFORE I DID

Bye. FOR FOREVER!


Friday, May 31, 2013

Lame

Assalamualaikum,



LAME!


Throwback

Assalamualaikum,

The moment I saw 'The Thing', I was so surprised. My hand was shaking. And i felt like my heart break into pieces. Heart beating so fast until lost it's own rhythm. Feel like crying and I just can't believe what I saw. Yeahh! I've lost my words. For the first time I've got nothing to say. Seriously. This is not sooo me. And until now, my hands is freezing. Wondering? I am sorry. I just have nothing left to say. I hate this feeling. -__-"


Friday, May 10, 2013

Worst nightmare

Assalamualaikum :)

Dear you, did you know that I have this one nightmare that I can classify it as one of the worst nightmare ever. And I am hoping so tight that this nightmare will never come to our life. Lemme tell you this :

My worst nightmare: That one day, any girl will take my spot. That one day a girl will sit with you, laugh with you, smile with you, and have a good time with you. That one day that girl will realize that you're amazing. That one day that girl becomes your girlfriend. That one day she takes my spot for good. That one day you will forget about me because you're too busy thinking about her. Yeah! that scares me the most. Because, I want to be that girl. I want to be the only girl. I don't want anyone to take my spot. Why? Because if anyone take my spot; there won't be anyone else who can take yours.... which is probably going to be the worst reminder that I lost my spot to her.

Enough said.
p/s : Ily and Imysm


Monday, May 6, 2013

Deleted. Deleted. Deleted. I am sorry.

Assalamualaikum :)

Dear my sweet honey bunney darling boo,

I've deleted all the entries from 2009 - 2010. Entries that make you felt uneasy everytime you read it. I am sorry. I was too blind and heartless to let you felt that way. I am sorry :'( I didn't realize that those entries are still in my blog list. If only I knew it earlier, I would definitely delete it without need you to remind me syg. I swear. Rupanya banyak sangat entries yang I tak delete lagi. Haihhhh! Sorry sayang. Now, everything is clear. No more memories. It's only about my story and you. I love you dear. More than so much. :)


Till then, take care MHNAH <3 font="" nbsp="">

Thursday, February 14, 2013

Lame

Assalamualaikum & Hi :)

I am currently at SAS Workshop right now. 20 minutes left before this hectic seminar comes to it ends. Phewwww! It is really make my head burn until the highest level. Susah yang teramat susah okeh untuk analyse all the data. Sebenarnya dari pagi tadi memang focus. Serious! Tak tipu.  Too concentrate until this last 20 minutes, feel like vomiting balek semua ilmu yang penuh di jiwa. Phuuiihhh :o

And, Suddenly, I am missing someone. Someone that even my heart will beating so fast when my mind think about him. It is something like involuntary action you know. -__-" The truth is I don't have much ideas to blog. Since it is already late noon, so idea macam tak banyak. Hihihihi. Bosannya post. Sebenarnya nak post few sentences je. Here we go. And this is of course for him. :)

"I am missing you so fucking much until I think I might going nut if this is forever. -__-"
"Fact that I'm a woman and we woman cannot hide our feeling well and we need to spit it out to feel relieve -__-"
"You might think that I am crazy. But what to do, It is true after all :)"


P/S : Sarang hae oppa. Till then, take care :)

Tuesday, January 29, 2013

Overthinking

Assalamualaikum & Hi :)

Dear you, I'm so sorry for dragging you in my own "stupid theory". The truth is, I've been like this since I was in matriculation. yeah! You can tell me how long I've been in this situation kan? I am not suffering, I swear. But for all this while, I've just let that theory haunted me and conquer  my whole body without any hesitation. It was me who have the power to control my own instinct. *With the help of HIM of course* Like you told me before. It is all up to me whether to be a positive thinker or let this funking things disturb my life. T_T
I can't help myself. This theory just attacked me when I am in my paralyzed state. I know it well that this theory will never turn into something that even brain can accept it. But still, I wanted to prove it true. It is so ridiculous heh? Memang pn -___-" tak mungkin la semua tu. Please la. I kan pure science student. Bukannye budak amek sastera ke hape. Pathetic sungguh. Memang sangat mengasihankan. Dan, I dah drag you untuk masuk dalam dunia I. Minta maaf. Mesti awak rasa saya pelik. Imma weirdo! T_T

To tell you the truth, I memang sedaya upaya untuk ubah mentality negative yang I ade ni. It just I don't have gut to change my theory. Sumpah I memang ntah hape2. -___-" I try. Tak tipu. Cuma perkara ini sangat membelenggu. So sorry for a million times. I have no face to look at you actually. Pray for me ok? And Please.Please.Please stay and stick with me till the end. Help me to improvise my theory and change it into our theory. Tolong juga untuk terima keburukan I ni. ILoveYou,Love!

p/s : I am 23. And I am still thinking about this rubbish. This is so horrible. Even brain can't accept it. T_T Feel sorry for myself.



Monday, January 28, 2013

Long story

Assalamualaikum & Hi :)


Dear blog, You've been forgotten these days. I'm so sorry. Its a long story though.

p/s: Iloveyouhamdihamid. I'm sorry for the things I did wrong. I'm so so helpless. I cannot stop myself from thinking too much about that matter!Its killing me. With all the stress that overwhelmed me,make me half crazy. Pathetic! I'm sorry for causing you so much troubles T_T Please be with me. Always and forever.