Monday, December 23, 2013

Cinta

Assalamualaikum

Pernah satu ketika dulu. Pada masa dulu-dulu. Waktu bercouple among youngster menjadi trend masa kini yang macam gerek seyh, Aku adalah salah satu hamba pilihan Dia yang turut sama terjelupuk tanpa ada rasa sebarang segan dan silu. Bercinta bagai nak rak macam kau pemilik tertunggal setiap benda yang terzahir dekat muka bumi ni. Waktu tu, any girls yang ada boyfriend sumpah memang jalan mendabik dada sambil tersengih sumbing sebab kononnya bajet laku macam hot items la time tu. Phuhhh!!
Aku, antara perempuan-perempuan sedih yang percaya pada cinta monyet dan janji seranah boyfriend durjana. Janji manis ditabur macam menabur dedak ayam dekat tanah. Busuk! Bukan main. Perempuan. Biasa lah. Kena puji sikit, kena renung sikit, melting point terus jatuh merundum. Pantang kena ayat sikit, terus serah jiwa raga.
Waktu tu aku tingkatan 3, PMR. Bercinta berjanji sehidup semati. Pergi tuisyen sama. Pergi kelas tambahan sama. Pergi lepak mamak sama. Lepak City Square sampai sanggup tunggu bas jalan berkilometer dari rumah. Ketiak berpeluh pun rasa nyaman je waktu tu. Konon macam awek chucktaylor la sebab pakai converse sama-sama. Masa tu, Rasa gerek sebab dapat jalan dengan boyfriend yang pakai kasut converse. Masa tu  la kan. Rasa macam indah. Bunga banyak dalam taman. Biasalah.
Lepas SPM, oleh sebab rasa tak berguna sebab menggangur selama 4 bulan, poket pun ada kupu2. We decided to find a job together. And Yes! As expected, We work at the same workplace. Hahahahaha! Waktu tu rasa boleh mati kalau berpisah. Kebersamaan tidak terjangkaukan. Lepas dapat resukt SPM,  ditakdirkan kitorang dapat sambung dekat Matrik yang sama. It just we took a different courses. Aku budak Science dia budak Account. For the very first time, waktu tu aku jauh dari family. So do him. Jadi We are trying so hard to support each other untuk sama-sama tempuh badai berduri ni. Sweet tak kitorang chuoolssss? Caiitttt. Kononnya lah. Waktu tu sumpah semua indah. Tak fikir sangat masalah luar jangka minda. Yeplah. Pergi kelas sama, makan sama, lepak study sama, balik JB pun sama. Apa ada kisah orang cakap apa. Janji kami bahagia bila bersama.What a life! Bodoh abadi sungguh. But still, tak ada lah sampai tahap belangkas pun berkepitnya sebab selain dari dia, minda aku masih ada memori bahagia tak terkata dengan baby girls aku. The pontots :)
So the routine going on and on sampai lah setahun habis. And this is when all the sadness started. Aku rasa, dalam bertahun percintaan ni berjalan dengan sangat indah dan lancar tanpa sebarang harm, but suddenly storm come after rain. So sad. Haihh. Nak dijadikan cerita, dan sememangnya sudah termaktub dalam perjanjian yang dijanjikan untuk aku oleh Dia Pencipta Tertinggi, We enter a different Uni to further our Degree. And of course this situation seems to be so hard for us for the beginning. Tapi lama-lama times flew away and we started to get used of it. Tahun pertama masih tak berubah. Jalan hidup bercinta macam tak endah orang lain. Setia macam nak mati. Tapi, semua berubah pada tahun kedua.
Layanan dah jadi terlampau biasa. Percintaan jadi hambar pahit payau macam teh tanpa gula. Bila berbual berjumpa lebih banyak persengketaan dan perbalahan. Semua jadi tidak mengena. haihhhh. Dan. Dan. Dan. Of course lah bila dah start rasa tawar, hati dah tak berdegup seirama, maknanya ada orang ketiga yang datang menyelit di sebalik kejanggalan. Dia tinggal aku sebab perempuan tu, classmate dia. Entah. Waktu tu rasa sedih yang amat. Rasa dunia kosong. Rasa macam tak percaya dia boleh betray aku seteruk itu. Tak beragak. Hmmmm. Entah. Sampai sekarang pun dia berhutang penjelasan dekat aku yang memang sepatutnya lama dulu dia bayar. Tapi aku pasrah je. Konon bajet perempuan tough kena dump dengan boyfriend macam tu je. So sad!
Tapi sekarang, lepas 3 tahun dah berlalu, aku sumpah tak rasa ralat pun kena tinggal dengan orang yang macam itu. Sebab aku fikir. Nasib baik dia dump aku sekarang, dari dia ceraikan aku lepas aku dah bagi 1/2 dozen anak dekat dia nanti. Lagi parah. Hidup ni karma. What you did, you get back. Aku pernah perdajal orang satu ketika dulu, dan karma dah lempang aku dengan penuh amarah. Mungkin karma dia belum sampai lagi. Aku, memang tak pernah berdendam, apatah lagi mendoakan yang bukan-bukan untuk dia. Sebab untuk jadi sekejam itu, aku butuh cat minyak hitam yang likat untuk sapu dalam hati. Dan kalau bukan kerana dia buat aku sedar betapa cinta itu adalah objek yang tak terlihatkan dan tak ternampakkan dengan mata kasar, aku tak dapat peluang untuk berjumpa dengan seseorang yang aku kira cukup faham aku seadanya. Seorang Guardian Angel yang buat aku berubah dari seorang budak perempuan kepada seorang perempuan. Banyak ajar aku tentang cara bercinta yang lebih realistik dan bukan fantasi.
Semoga Tuhan hadirkan cinta yang sebenarnya cinta antara aku dengan dia, Hamdi Hamid.
Untuk cinta lama yang rapuh dan remuk itu, akan sentiasa menjadi kenangan terpahit dalam hidup. Setiap orang ada masa hitam yang dina. Tapi jika diri membiarkan yang kelam itu menjadi aras kewarasan minda untuk hari mendatang, jadi ia memang datang untuk pengajaran.
Minta maaf untuk kata yang tersinggung. Minta maaf untuk semua yang terluka. Semoga bahagia sampai bila-bila.

p/s: Bapak panjang entry ni, Phuuhhh! Sumpah tak terniat untuk taip sepanjang ini. Ini lah akibat membiarkan jari runcing menari tanpa batas. Ampun. Ampun



No comments:

Post a Comment