Pandangan itu. Pandangan mata itu di setiap pengakhiran percutian. Biasanya tidak terkesan mana. Biasanya minda bisa untuk menolak segala ketidaksedapan hati.
Tapi, kali ini. Pandangan itu tampak sayu. Luruh hati. Sungguh luruh hati. Apa ada dalam hati tidak semudah itu untuk diungkapkan. Kerana, seperti kebanyakkannya, tidak mudah untuk faham apa yang hati masing-masing rasa. Hurmmmm.
Aku cuba. Sedayanya aku cuba. Untuk akhiri segala penantian ini. Sakit hati perih jantung sudah tidak terperi. Maaf kan aku untuk segala kesusahan ini. Sejujurnya untuk pada tahap yang sebegini, aku semakin lelah. Aku semakin tidak ada daya untuk teruskan semua ini, Semakin hari aku semakin lumpuh untuk terus kotakan janji.
Sumpah aku tidak jangka situasi akan jadi sebegini sukar. Sebegini rumit. Acap kali aku terpaku memikirkan apa langkah seterusnya yang perlu aku ambil. Langkah sebetulnya yang aku perlu ambil.
Mohon doa. Mohon yang tersangat doa dari kalian supaya ALLAH permudahkan segala kesulitan yang terjadi dalam hidup aku kini. Dan sebenarnya tidak lah seteruk mana keadaannya. Aku tidak tahu dengan cara apa untuk aku luah. Kerana sebetulnya aku sudah buntu.
Mohon doa. Mohon doa. Ayah Ibu. Pipi is getting weak! :(
'YaAllah permudahkan lah Jangan dipersusahkan.'
No comments:
Post a Comment