Tuesday, September 30, 2014

Sore

Assalamualaikum.

Sore tadi.

Senyum itu. Senyum panjang meleret yang lama itu. Senyum yang acap kali buat hati aku tanggung rindu itu, sudah cukup untuk ungkap segala rasa yang terkubur dalam hati. Terlalu cukup untuk hati aku rasa betapa sebenarnya semua ini tidak sia-sia.

Entah kenapa aku perlu bertindak sejauh itu. Entah kenapa gerak tindak fizikal diri tidak selari dengan otak yang kawal gerak. Semua jadi tanpa dirancang. Aku rindu. Sungguh aku rindu, Gilanya penangan cinta. Haihhhh! Entah la. Harap tangan aku tak bertepuk sendirian. Harapan menggunung diri agar tangan aku sentiasa ada teman penepuknya. Harapnya macam tulah.

Wahai pemilik senyuman,
Tahulah engkau betapa sangat bahagianya aku untuk sore ini.
Tahulah engkau betapa kejadian sore ini dah berjaya bawa balik semua semangat aku yang hilang entah kemana belakangan ini.
Tahulah engkau betapa walau sore ini hanya berlalu seketika cuma, tapi sudah cukup untuk aku terus senyum sepanjang malam ini. ":)"

Aku mungkin terlampau hiperbola dalam meluah rasa hati, tapi sekurangnya aku tidak hipokrit untuk menutup apa yan terzahir. Terima kasih. Terima kasih semua untuk sore ini. Sungguh aku bahagia :)

p/s: Chuolsss, walaupun chuolss tak cakap apa-apa sangat pun time iolsss buat suprise atas gina tadi, tapi bila chuolsss senyum lama meleret macam tu, dah buat iolss paham dah yang sebenarnya chuols suka kan iolsss datang. Hikhikhikhikhikhik. Oke2 tak apa. Iolsss tak nak pun chuolsss luah. Sebab sampai sekarang pun iolsss tak lupa lagi senyum panjang meleret chuolsss tadi sore. Ok bye :)


Sunday, September 7, 2014

Dia Idaman

Assalamualaikum.

Monday - 11:21 am - Bedroom - Locked from outside - Waiting for dear friend to rescue me

Its a very long story to tell dan tak rasa macam nak kupas dengan lebih panjang pun sebab sangat dan tak langsung menarik untuk dicari tahu -___-"

So, while waiting for dear friend untuk datang dan bukakkan pintu utama rumah dan lepastu bawak aku keluar dari sini dan lepastu kita orang lincah menuju terus ke lab dan buat berbondong labwork yang memang tak akan pernah habis sebab memang itu pun yang sepatutnya rutin harian aku pada waktu yang sebegini, aku buat benda basic "orang bosan menunggu"" buat. Bukak instagram, scroll up and down like nobody's bussiness sampai jari rasa nak cramp. And so lets make things short, as I scrool up and down the screen, terperasaan satu latest post dari blogger kaguman aku yang sebenarnya baru semalam je aku request to be friend dengan dia dekat instag. And so tiba-tiba I've been accepted sebab dah boleh tengok semua post dia. *Happy face

Dia kongsi gender dengan aku. Seorang ibu tunggal di usia muda yang ada 2 orang anak perempuan (Sabrina and Natrah) yang sangat comel mirip muka dia. Well, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku sangat nak jadi macam dia. Ouh! Bukan nak jadi macam diri dia 100% sebab jadi diri aku sendiri itu yang terpaling best. Tapi nk jadi diri dia dari segi bakat menulis, bakat lukis, bakat decoration dan bakat juang yang tinggi yang ada dekat dia. Phuuhhh! Aku adore sangat dengan gaya penulisan dia. Santai tapi bermesej. Well, mungkin gaya tulis yang dia cuba bawak itu, bertepatan dengan gaya yang selama ini aku cuba nak try buat.Setiap entri dia macam penuh dengan soul. Setiap entri yang dia cuba untuk sampaikan, serasa begitu dekat dengan jiwa aku. Dia banyak kongsi pasal hidup. Pasal realiti hidup yang sebenar. Gaya pemikiran orang biasa-biasa macam aku dan kau orang yang lain ada. Selalu kongsi pasal kisah diri dia yang aku rasa sangat interesting untuk aku cari tahu. Sebab cara dia berkongsi bukan macam nak raih simpati tapi lebih macam nak bagi kita orang semua rasa benda apa yang sedang dia juangkan.

Hurmmm. Bagi aku dia ada pakej lengkap untuk aku anugerahkan as "Cik perempuan cantik yang tahu tulis dan lukis sambil boleh decorate malahan pandai bermain guitar" Ouhh. Sangat cool. Rumah dia cantik sangat. Simple but nice. Warna pastel yang dia selalu guna yang aku pun damba berangan untuk ada bila aku ada rumah sendiri nanti memang masuk terus dalam jiwa aku. Dan lagi, setiap photo yang dia ambil untuk jadikan moment terindah dalam hidup dia sangat cantik ok. Ada meaning. Sumpah! Sangat cantik. Aku suka. Aku suka dan buat kesekian kalinya aku suka! Erm, mesti ada yang nak cakap, kalau dah suka, dia berak berdiri pun kau rasa cool. Tapi entah. Aku tak perlu pun sebenarnya nak manifestokan sebab musabab kenapa aku adore sangat dengan dia. Sebab kadang, kau tak perlu ada alasan yang kukuh pun untuk kau suka denagn seseorang tu kan? :)

Aku jumpa blog dia pun sebenarnya secara tiba-tiba. Aku jumpa link dia dari blog-blog bloggers kaguman aku yang sebelumnya. Tidak ambil masa yang lama pun untuk aku nominate dia as 1 of my favourite blogger. Sebab dia memang best. Dan lagi pulak tu, one day after aku nominate dia tu, aku trus beli her very first book yang Dubook publisher keluarkan. Nampak tak betapa tak lama langsung masa yang aku ambil untuk jadi follower dia. hahaha! And so, lets end this here. Sebab kalau nak cerita pasal bibliography dia, aku kena guna mendeley.com pulak untuk buat citation pasal dia. :)

And so, let me introduce to you my current all time favourite blogger ;
Ladynoe Mohamed
Desaturasi Merah Jambu
"WARNA YANG PERLAHAN-LAHAN MEMUDAR MENJADI KELABU DAN
AKHIRNYA HITAM MENGGELAPKAN SELURUH CERITA KITA"


Sakit tiada ubat

Assalamualaikum.

Aku memang dari dulu ada satu macam masalah yang sama yang memang liat bebeno nak hilang dari diri. Mungkin ini yang orang selalu kata 'you are born naturally with it' and so buatkan benda ni macam tak akan pernah hilang. Penyakit rendah diri tak bertempat setiap masa yang rasa semua orang sekeliling way better dari diri sendiri tu memang aku rasa tak akan oernah ada penawarnya. Aku tak tahu kalau orang lain pun sama. Tapi, apa yang aku tahu aku salah seorang yang ada sakit tu. Hmmmm.

Entah. Mungkin sebab memang banyak sangat kekurangan yang aku ada buatkan semua kelebihan aku jadi tak dominant. Atau mungkin perangai aku yang suka sangat tengok orang cantik kaya bergaya macam duit tak habis pakai tu yang buatkan sakit aku jadi worst dari sehari ke sehari. *Sigh

Well, aku tak pernah pun rasa atau tergamak sekali untuk bandingkan diri aku dengan mana-mana artis atau supermodel dekat atas muka bumi ni. Sebab memang tak terjangkau langsung kelebihan yang Allah kurnia dekat dia orang. Tapi, apa yang buat aku sangat rasa self esteem jatuh merundum sampai dekat bawah kerak bumi bila orang sekeliling aku, like kawan, kawan kepada kawan or even bloggers yang aku kagum punya berbondon-bondong pakej lengkap untuk jadi calon muslimah anggun berkeperibadian mulia. Sumpah. Aku risau yang amat kalau-kalau wujud walau sebesar zahrah dalam hati aku rasa ketidakbersyukuran dengan nikmat dan kurnia Allah Maha Besar. Aku takut. Sebab atas segala nikmat yang Dia kurnia untuk aku sehingga kesaat ini, semestinya kurnia terbaik yang tak terbataskan.

Ada orang yang memang sedari lahir dipenuhkan dengan kepelbagaian kelebihan kemewahan yang tak terjangkaukan. Ada orang yang sedari lahir sudah dipenuhkan dengan tanggungjwab dan jalan yang berliku-liku yang menyesakkan. Dan ada juga orang yang sedari lahir dipenihu dengan kecukupan yang seadanya sahaja yang cukup untuk pupuk kasih sepanjang hayat. Aku selalu kata pada diri, tak apalah. Bukan hodoh sangat pun kau Fila. Ada banyak juga lebihnya diri kau yang orang perlu gali dan cari tahu untuk nampak apa yang kau punya. Optimis lah dalam berfikir. Bersangka yang baik-baik sahaja. Kerana untuk mempersoalkan tentang takdir hidup, sungguhlah abadi kebanggangan mu. Bersyukur lah. Minta saja pada Pemegang Hati Semua Makhluk. Jika bukan sekarang, nantilah diperkenankan. Jika bukan itu, yang lebih baik menanti kau. InshaAllah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Cantiknya dia tu. Kayanya dia ni. Ramainyan kawan dia. Pandainya dia luah rasa dalam blog" 
Hmmmmmmm. Kan aku dah kata, sakit ni memang tak ada penawar. T_T