Aku memang dari dulu ada satu macam masalah yang sama yang memang liat bebeno nak hilang dari diri. Mungkin ini yang orang selalu kata 'you are born naturally with it' and so buatkan benda ni macam tak akan pernah hilang. Penyakit rendah diri tak bertempat setiap masa yang rasa semua orang sekeliling way better dari diri sendiri tu memang aku rasa tak akan oernah ada penawarnya. Aku tak tahu kalau orang lain pun sama. Tapi, apa yang aku tahu aku salah seorang yang ada sakit tu. Hmmmm.
Entah. Mungkin sebab memang banyak sangat kekurangan yang aku ada buatkan semua kelebihan aku jadi tak dominant. Atau mungkin perangai aku yang suka sangat tengok orang cantik kaya bergaya macam duit tak habis pakai tu yang buatkan sakit aku jadi worst dari sehari ke sehari. *Sigh
Well, aku tak pernah pun rasa atau tergamak sekali untuk bandingkan diri aku dengan mana-mana artis atau supermodel dekat atas muka bumi ni. Sebab memang tak terjangkau langsung kelebihan yang Allah kurnia dekat dia orang. Tapi, apa yang buat aku sangat rasa self esteem jatuh merundum sampai dekat bawah kerak bumi bila orang sekeliling aku, like kawan, kawan kepada kawan or even bloggers yang aku kagum punya berbondon-bondong pakej lengkap untuk jadi calon muslimah anggun berkeperibadian mulia. Sumpah. Aku risau yang amat kalau-kalau wujud walau sebesar zahrah dalam hati aku rasa ketidakbersyukuran dengan nikmat dan kurnia Allah Maha Besar. Aku takut. Sebab atas segala nikmat yang Dia kurnia untuk aku sehingga kesaat ini, semestinya kurnia terbaik yang tak terbataskan.
Ada orang yang memang sedari lahir dipenuhkan dengan kepelbagaian kelebihan kemewahan yang tak terjangkaukan. Ada orang yang sedari lahir sudah dipenuhkan dengan tanggungjwab dan jalan yang berliku-liku yang menyesakkan. Dan ada juga orang yang sedari lahir dipenihu dengan kecukupan yang seadanya sahaja yang cukup untuk pupuk kasih sepanjang hayat. Aku selalu kata pada diri, tak apalah. Bukan hodoh sangat pun kau Fila. Ada banyak juga lebihnya diri kau yang orang perlu gali dan cari tahu untuk nampak apa yang kau punya. Optimis lah dalam berfikir. Bersangka yang baik-baik sahaja. Kerana untuk mempersoalkan tentang takdir hidup, sungguhlah abadi kebanggangan mu. Bersyukur lah. Minta saja pada Pemegang Hati Semua Makhluk. Jika bukan sekarang, nantilah diperkenankan. Jika bukan itu, yang lebih baik menanti kau. InshaAllah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Cantiknya dia tu. Kayanya dia ni. Ramainyan kawan dia. Pandainya dia luah rasa dalam blog"
Hmmmmmmm. Kan aku dah kata, sakit ni memang tak ada penawar. T_T
No comments:
Post a Comment