Assalamualaikum & Hi
Kadangkala, Hati perlu dipujuk sendiri. Kerana setiap apa pun yang terjadi, hanya hati sendiri yang tahu dan tanggung. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Sukar untuk dimengertikan apa yang di rasa oleh hati ketika ini. Tidak terluah dek kata2. Mungkin hanya bisa memendam. Ye! itu yang seharusnya. Tidak perlu untuk meluahkan. Kerana akhir nanti, hati sendiri yang faham.
Mengaku, memang diri terlalu susah dan sukar untuk dimengertikan. Aku pun kadangkala keliru. Sepertinya, menangis tidak lagi dapat mengembirakan. Hmm. Mungkin perlu mengkaji cara lain untuk mengembirakan hati. Complicated! :)
Senyum,senyum dan senyum dihadapan mereka. Kerana mereka tidak bersalah. Haihh!! Susahnya hati. Kenapa perlu begini. Tidak baik untuk terlalu membezakan. Setiap orang ada kelebihan tersendiri untuk dipersembahkan. Setiap orang ada cara untuk membawa diri diatas muka bumi Allah ini. Jadi mengapa perlu mengira setiap titik perbezaan yang ada. Mengertilah bahawa, bukan disitu lagi yang perlu dicari. Bukan disitu. Beralih lah arah kepada yang sebenarnya. Tapi,tidak tahu mengapa, akhir2 ini aku seperti tidak mengerti. Atau sebenarnya buat2 tidak mengerti. T.T
Kenapa sukar sangat nak faham apa yang dirasa. Atau mungkin memang sukar.. *Hati menangis. Buntu untuk berbuat apa2. Mungkin aku perlu diam dan memikirkan tindakan yang seterusnya. Semakin sukar untuk mengungkapkan rasa hati. Jangan ditanya apa atau mengapa. Keran diri sendiri juga tidak mempunyai jawapan itu. Hanya hati tahu. -__-"
Perlu lebih kuat dan positif dalam menghadapi setiap perkara. Ditambah lagi dengan kematangan fikiran insyaAllah akan menemui jalan. Ouch!! Hati sakit. Duh!! ape ni? rasa apa ni.. errghhh!!
Semoga dipermudahkan segalanya untuk kita semua. Amin :)
Enough said
No comments:
Post a Comment