Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hi

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnia dan 'inayahnya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak."

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Umum pun sudah mengetahui tentang kebaikan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Banyak pahala yang boleh kita semua dapat dalam bulan ini. Sampai ada yang cakap Bulan Ramadhan ni, sama juga macam pesta pahala. Heeee. Jadinya, semoga kita semua tak melepaskan peluang untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala. InsyaAllah.
Selamat menyambut Ramadhan Kareem dan selamat bertarawikh bagi semua Muslimin dan Muslimat :)






No comments:

Post a Comment