Assalamualaikum.
Aku jenis orang yang perlu rasa selesa dengan orang sekeliling untuk buat aku sentiasa rasa selamat macam ada dengan keluarga sendiri. Kau tahu kan macam mana rasa selesa dan selamat disetiap kali kau ada dekat dengan keluarga kau. Sampai satu tika kau tak kesah pun apa masalah yang datang, asal kau ada dengan keluarga kau, kau rasa semua masalah pun boleh settle.
Aku paling sedih dan paling tak ada motivasi bila setiap kali hari Isnin. Aku tak tahu kenapa memang tiap kali Isnin datang aku rasa macam gloomy. Macam tak ada rasa ghairah nak hadap the whole day. Seriously. Aku memang bukan duduk satu bumbung dengan keluarga pun sekarang atas sebab tuntutan kerja yang tk berkesudahan. So, kenapa perlu nak rasa homesick disetiap Isnin tiba. Kenapa tak homesick hari lain? Gila. Hmmm.
Mungkin sebab, setiap kali hujung minggu, aku dikeliling oleh individu yang selalu akan buat aku rasa selesa dan selamat macam ada dengan keluarga.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu akan ada individu yang mesti punya akan layan kehendak aku yang tak pernah berkesudahan macam mana keluarga aku layan.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lontarkan apa saja yang aku rasa dekat individu yang sekadar mendengarnya sahaja dah cukup buat aku rasa puas.
Mungkin sebab, setiap hujung minggu, aku boleh lepaskan segala tekanan sepanjang minggu dengan makan makanan kegemaran sepanjang zaman aku dengan individu itu.
Hmmm. Mungkin sebab semua itu juga, rasa tamak untuk miliki individu ini menjadi semakin menjadi jadi. Haihhhh. nafsu pemilikan untuk miliki individu ini dan jadikan dia sama macam keluarga aku sendiri semakin tak menahan. Omputih selalu kata " Be with your family, there's nothing you can hide "
Aku jauh 360km dari keluarga. Aku perlu satu individu mimikan yang semirip keluarga aku untuk aku terus rasa selesa dan selamat berada beratus kilometer dari keluarga. Supaya aku boleh terus gagah untuk hadap beratus percent tekanan harian aku.
Tapi, aku takut kalau kau kena pergi jauh beratus kilometer dari aku. Sebab di masa itu nanti, aku tak tahu mana lagi aku nk pergi untuk terus rasa selesa dan selamat. T_T
Monday, November 24, 2014
Saturday, November 8, 2014
Raina ft Kanto
Wednesday, October 8, 2014
Sebelum
Assalamualaikum.
Sebelum,
Sebelum kau terdetik untuk terambil hati pada sesuatu tindakan kawan yang kau rasa tak patut sungguh untuk dia perbuat begitu,
Cuba,
Cuba kau putar balik ingatan, ingat balik samada diri kau dulu atau bila-bila masa sahaja pernah tak buat perkara yang sama macam kawan kau tu.
Sebab,
Sebab terkadang kita ni, lebih cenderung tuntuk nampak salah orang dari refleks perangai sendiri dekat depan cermin.
Kita semua pun bukan perfect iye dok? :)

Friday, October 3, 2014
Perihal yang satu
Assalamualaikum.
Masa semakin suntuk.
Makin hari kau rasa makin tak tenang bila kau terpaksa memikirkan perihal yang satu ini.
Mata kau bagai tidak boleh terkatup walau kau memang dah rasa mengantuk sambil menguap dekat berjuta kali.
Kau rasa teramat bersalah bila kau tidur lena, makan kenyang, mandi basah sebab perihal yang satu ini kau lambat betul nak settle kan.
Dan sebenarnya kau bukan saja buat bodoh tak tahu apa tak nak settle kan perihal yang satu ini, tapi kau dah mati akal mati kutu tak tahu jalan mana lagi kau nk cari.
Haihhlahhhh!
Berjuta luahan dah kau lontarkan. Berjuta rasa dah kau canangkan, tapi masih. Masih lagi di takuk lama.
YaAllah. Permudahkan lah jangan dipersusahkan.
Aminnnn.

Tuesday, September 30, 2014
Sore
Assalamualaikum.
Sore tadi.
Senyum itu. Senyum panjang meleret yang lama itu. Senyum yang acap kali buat hati aku tanggung rindu itu, sudah cukup untuk ungkap segala rasa yang terkubur dalam hati. Terlalu cukup untuk hati aku rasa betapa sebenarnya semua ini tidak sia-sia.
Entah kenapa aku perlu bertindak sejauh itu. Entah kenapa gerak tindak fizikal diri tidak selari dengan otak yang kawal gerak. Semua jadi tanpa dirancang. Aku rindu. Sungguh aku rindu, Gilanya penangan cinta. Haihhhh! Entah la. Harap tangan aku tak bertepuk sendirian. Harapan menggunung diri agar tangan aku sentiasa ada teman penepuknya. Harapnya macam tulah.
Wahai pemilik senyuman,
Tahulah engkau betapa sangat bahagianya aku untuk sore ini.
Tahulah engkau betapa kejadian sore ini dah berjaya bawa balik semua semangat aku yang hilang entah kemana belakangan ini.
Tahulah engkau betapa walau sore ini hanya berlalu seketika cuma, tapi sudah cukup untuk aku terus senyum sepanjang malam ini. ":)"
Aku mungkin terlampau hiperbola dalam meluah rasa hati, tapi sekurangnya aku tidak hipokrit untuk menutup apa yan terzahir. Terima kasih. Terima kasih semua untuk sore ini. Sungguh aku bahagia :)
p/s: Chuolsss, walaupun chuolss tak cakap apa-apa sangat pun time iolsss buat suprise atas gina tadi, tapi bila chuolsss senyum lama meleret macam tu, dah buat iolss paham dah yang sebenarnya chuols suka kan iolsss datang. Hikhikhikhikhikhik. Oke2 tak apa. Iolsss tak nak pun chuolsss luah. Sebab sampai sekarang pun iolsss tak lupa lagi senyum panjang meleret chuolsss tadi sore. Ok bye :)

Sunday, September 7, 2014
Dia Idaman
Assalamualaikum.
Monday - 11:21 am - Bedroom - Locked from outside - Waiting for dear friend to rescue me
Its a very long story to tell dan tak rasa macam nak kupas dengan lebih panjang pun sebab sangat dan tak langsung menarik untuk dicari tahu -___-"
So, while waiting for dear friend untuk datang dan bukakkan pintu utama rumah dan lepastu bawak aku keluar dari sini dan lepastu kita orang lincah menuju terus ke lab dan buat berbondong labwork yang memang tak akan pernah habis sebab memang itu pun yang sepatutnya rutin harian aku pada waktu yang sebegini, aku buat benda basic "orang bosan menunggu"" buat. Bukak instagram, scroll up and down like nobody's bussiness sampai jari rasa nak cramp. And so lets make things short, as I scrool up and down the screen, terperasaan satu latest post dari blogger kaguman aku yang sebenarnya baru semalam je aku request to be friend dengan dia dekat instag. And so tiba-tiba I've been accepted sebab dah boleh tengok semua post dia. *Happy face
Dia kongsi gender dengan aku. Seorang ibu tunggal di usia muda yang ada 2 orang anak perempuan (Sabrina and Natrah) yang sangat comel mirip muka dia. Well, sebenarnya aku pun tak tahu kenapa aku sangat nak jadi macam dia. Ouh! Bukan nak jadi macam diri dia 100% sebab jadi diri aku sendiri itu yang terpaling best. Tapi nk jadi diri dia dari segi bakat menulis, bakat lukis, bakat decoration dan bakat juang yang tinggi yang ada dekat dia. Phuuhhh! Aku adore sangat dengan gaya penulisan dia. Santai tapi bermesej. Well, mungkin gaya tulis yang dia cuba bawak itu, bertepatan dengan gaya yang selama ini aku cuba nak try buat.Setiap entri dia macam penuh dengan soul. Setiap entri yang dia cuba untuk sampaikan, serasa begitu dekat dengan jiwa aku. Dia banyak kongsi pasal hidup. Pasal realiti hidup yang sebenar. Gaya pemikiran orang biasa-biasa macam aku dan kau orang yang lain ada. Selalu kongsi pasal kisah diri dia yang aku rasa sangat interesting untuk aku cari tahu. Sebab cara dia berkongsi bukan macam nak raih simpati tapi lebih macam nak bagi kita orang semua rasa benda apa yang sedang dia juangkan.
Hurmmm. Bagi aku dia ada pakej lengkap untuk aku anugerahkan as "Cik perempuan cantik yang tahu tulis dan lukis sambil boleh decorate malahan pandai bermain guitar" Ouhh. Sangat cool. Rumah dia cantik sangat. Simple but nice. Warna pastel yang dia selalu guna yang aku pun damba berangan untuk ada bila aku ada rumah sendiri nanti memang masuk terus dalam jiwa aku. Dan lagi, setiap photo yang dia ambil untuk jadikan moment terindah dalam hidup dia sangat cantik ok. Ada meaning. Sumpah! Sangat cantik. Aku suka. Aku suka dan buat kesekian kalinya aku suka! Erm, mesti ada yang nak cakap, kalau dah suka, dia berak berdiri pun kau rasa cool. Tapi entah. Aku tak perlu pun sebenarnya nak manifestokan sebab musabab kenapa aku adore sangat dengan dia. Sebab kadang, kau tak perlu ada alasan yang kukuh pun untuk kau suka denagn seseorang tu kan? :)
Aku jumpa blog dia pun sebenarnya secara tiba-tiba. Aku jumpa link dia dari blog-blog bloggers kaguman aku yang sebelumnya. Tidak ambil masa yang lama pun untuk aku nominate dia as 1 of my favourite blogger. Sebab dia memang best. Dan lagi pulak tu, one day after aku nominate dia tu, aku trus beli her very first book yang Dubook publisher keluarkan. Nampak tak betapa tak lama langsung masa yang aku ambil untuk jadi follower dia. hahaha! And so, lets end this here. Sebab kalau nak cerita pasal bibliography dia, aku kena guna mendeley.com pulak untuk buat citation pasal dia. :)
And so, let me introduce to you my current all time favourite blogger ;

Ladynoe Mohamed
Desaturasi Merah Jambu
"WARNA YANG PERLAHAN-LAHAN MEMUDAR MENJADI KELABU DAN
AKHIRNYA HITAM MENGGELAPKAN SELURUH CERITA KITA"
Sakit tiada ubat
Assalamualaikum.
Aku memang dari dulu ada satu macam masalah yang sama yang memang liat bebeno nak hilang dari diri. Mungkin ini yang orang selalu kata 'you are born naturally with it' and so buatkan benda ni macam tak akan pernah hilang. Penyakit rendah diri tak bertempat setiap masa yang rasa semua orang sekeliling way better dari diri sendiri tu memang aku rasa tak akan oernah ada penawarnya. Aku tak tahu kalau orang lain pun sama. Tapi, apa yang aku tahu aku salah seorang yang ada sakit tu. Hmmmm.
Entah. Mungkin sebab memang banyak sangat kekurangan yang aku ada buatkan semua kelebihan aku jadi tak dominant. Atau mungkin perangai aku yang suka sangat tengok orang cantik kaya bergaya macam duit tak habis pakai tu yang buatkan sakit aku jadi worst dari sehari ke sehari. *Sigh
Well, aku tak pernah pun rasa atau tergamak sekali untuk bandingkan diri aku dengan mana-mana artis atau supermodel dekat atas muka bumi ni. Sebab memang tak terjangkau langsung kelebihan yang Allah kurnia dekat dia orang. Tapi, apa yang buat aku sangat rasa self esteem jatuh merundum sampai dekat bawah kerak bumi bila orang sekeliling aku, like kawan, kawan kepada kawan or even bloggers yang aku kagum punya berbondon-bondong pakej lengkap untuk jadi calon muslimah anggun berkeperibadian mulia. Sumpah. Aku risau yang amat kalau-kalau wujud walau sebesar zahrah dalam hati aku rasa ketidakbersyukuran dengan nikmat dan kurnia Allah Maha Besar. Aku takut. Sebab atas segala nikmat yang Dia kurnia untuk aku sehingga kesaat ini, semestinya kurnia terbaik yang tak terbataskan.
Ada orang yang memang sedari lahir dipenuhkan dengan kepelbagaian kelebihan kemewahan yang tak terjangkaukan. Ada orang yang sedari lahir sudah dipenuhkan dengan tanggungjwab dan jalan yang berliku-liku yang menyesakkan. Dan ada juga orang yang sedari lahir dipenihu dengan kecukupan yang seadanya sahaja yang cukup untuk pupuk kasih sepanjang hayat. Aku selalu kata pada diri, tak apalah. Bukan hodoh sangat pun kau Fila. Ada banyak juga lebihnya diri kau yang orang perlu gali dan cari tahu untuk nampak apa yang kau punya. Optimis lah dalam berfikir. Bersangka yang baik-baik sahaja. Kerana untuk mempersoalkan tentang takdir hidup, sungguhlah abadi kebanggangan mu. Bersyukur lah. Minta saja pada Pemegang Hati Semua Makhluk. Jika bukan sekarang, nantilah diperkenankan. Jika bukan itu, yang lebih baik menanti kau. InshaAllah.
"Cantiknya dia tu. Kayanya dia ni. Ramainyan kawan dia. Pandainya dia luah rasa dalam blog"
Hmmmmmmm. Kan aku dah kata, sakit ni memang tak ada penawar. T_T

.

Wednesday, August 20, 2014
Monday, May 26, 2014
Tears
Assalamualaikum.
Pandangan itu. Pandangan mata itu di setiap pengakhiran percutian. Biasanya tidak terkesan mana. Biasanya minda bisa untuk menolak segala ketidaksedapan hati.
Tapi, kali ini. Pandangan itu tampak sayu. Luruh hati. Sungguh luruh hati. Apa ada dalam hati tidak semudah itu untuk diungkapkan. Kerana, seperti kebanyakkannya, tidak mudah untuk faham apa yang hati masing-masing rasa. Hurmmmm.
Aku cuba. Sedayanya aku cuba. Untuk akhiri segala penantian ini. Sakit hati perih jantung sudah tidak terperi. Maaf kan aku untuk segala kesusahan ini. Sejujurnya untuk pada tahap yang sebegini, aku semakin lelah. Aku semakin tidak ada daya untuk teruskan semua ini, Semakin hari aku semakin lumpuh untuk terus kotakan janji.
Sumpah aku tidak jangka situasi akan jadi sebegini sukar. Sebegini rumit. Acap kali aku terpaku memikirkan apa langkah seterusnya yang perlu aku ambil. Langkah sebetulnya yang aku perlu ambil.
Mohon doa. Mohon yang tersangat doa dari kalian supaya ALLAH permudahkan segala kesulitan yang terjadi dalam hidup aku kini. Dan sebenarnya tidak lah seteruk mana keadaannya. Aku tidak tahu dengan cara apa untuk aku luah. Kerana sebetulnya aku sudah buntu.
Mohon doa. Mohon doa. Ayah Ibu. Pipi is getting weak! :(

'YaAllah permudahkan lah Jangan dipersusahkan.'
Wednesday, May 7, 2014
Master
Assalamualaikum
Fermentation of palm kernel cake with cellulolytic bacteria.Ok. The main objectives are to decrease the fiber content but at the same time increase its protein content. This fermented palm kernel cake will be feed to the broiler latter. And their performance are expected to increase without any hesitation! Hmmmmmm..
Fermentation. Proximate analysis. Cellulolytic bacteria. Oh My DSM 36. Oh My DSM 20108. Solid state fermentation? Ke Submerged fermentation. Berapa inoculum size nak guna ni. Eh kejap. Moisture content yang paling ideal untuk bacteria grow dalam PKC ni berapa eh? Ok. Ada lagi kemusykilan yang latest ni. Nak guna distilled water ke Basal media macam yang orang selalu guna?
Kenapa dah macam nak pecah otak fikir pun but still tak dapat konkrit answer.
Apa? Refer journal? Ouh. Kalau lah ada paper yang exactly macam apa yang aku nk buat ni, memang heaven gila la rasa. Boleh sujud syukur dengan lamanya tahu. Tak perlu nak sakit otak terguling-guling depan laptop. Stuck berhari-hari dekat rumah cari paper yang related. Phuhhhh!!
Memang. Memang ramai yang dah researcher report pasal fermentation of PKC ni. Tapi dia orang banyak ferment either dengan Aspergillus niger atau Rhizopus Oryzae. Ok. Trichoderma pun ada juga la sepaper dua.
Bacteria?Non hadooo! Memang sampai pecah jari type search dekat mana2 publisher pun sussah nak jumpa. Ouhhh. Meraung!!!! Meraung semeraungnya!
Dah la. Sudah la. Sia-sia sahaja. Kena hadap jugak dengan benda ni semua!

Wednesday, April 23, 2014
Chong
Assalamualaikum.
Dan.. Akhirnya dan di pengakhirannya, Aku hanyalah Si Pengalah yang sebenarnya sudah kalah sejak dipengawalannya lagi. Sejak dipengawalan segala ini terjadi, sejak segala ini sudah ditakdirkan, seringkali aku mengharapkan keajaiban akan memutarkan segala takdir ini kembali kepada asalnya.
Bodoh aku. Bodohnya aku. Kerana sehingga sekarang inipun, aku masih Sipengalah yang dulu.
AllahhuRabbi... Berdaya kan lah aku. Untuk kesehari lagi. Sungguh, aku sudah lelah.

Friday, March 21, 2014
Tinta picisan
Assalamualaikum.
Astaghfirullah haladzim Allazilailahalillah Huwalyayyuqayyum Waatubuilaih. Istighfar dengan sebenar-benarnya istighfar. Ada yang kata, dengan sekali kita beristighfar diestiap luahan nafas, Allah akan padam satu titik hitam yang terpalit dalam hati. Segala amarah, ketidakpuasan nafsu dan hasad dengki akan turut pudar. Begitulah yang mereka katakan. Dan harapnya terkesan lah dalam setiap mereka yang ada sakit parah dalam setiap jiwanya.
Serasa diri sudah beri yang sehabis baik dan mampu. Serasa diri sudah persembahkan seluruh jiwa dan raga. Sehingga ada pencinta nasihat untuk kurangkan persembahan diri buat seketika. Takut dimuakan, mereka kata. Tapi, InshaAllah, Pemilik Segala Hati tahu sejauh mana keikhlasan tika itu. Didalam setiap keterpaksaan yang sebentar cuma itu, lebih banyaknya hati terdorong untuk sama-sama rasa bahagia. Sebab sayangnya itu, sudah seakan sama dengan sayangnya pada keluarga. Jadi, sebolehnya jika diizinkan keadaan pada waktu dan ketika memang tak ada sedikit pun rasa untuk menyakitkan. Tetapi, dengan itu jugak Aku demand untuk tidak disakitkan.
Cukup lah. Cukup-cukuplah untuk penderaan emosi ini. Aku mohon. Sumpah. Sudah tidak tertanggung lagi. Di setiap isu baru muncul tanpa Aku sendiri sedar, dan disetiap itulah hati berdegup kencang diluar kawalan otak, disetiap itulah tangan kaki sejuk tak tentu fasal. T_T Emosi dan hati, rasa sudah hancur diinjak-injak. Dalam jiwa nurani setiap insan itu, tidak dinafikan ada keegoan yang datang bersama. Berasa diri yang sebenar-benarnya benar. Orang lain semestinya selalu yang bersalah. Selalu. Dalam hal ini, Aku tidak terkecuali. Rasa hinanya pada diri. Kerana Aku bukan maksum untuk menolak segala hasutan syaitan dengan hanya sekali beristighfar. Tapi, Wallahi, di setiap detik pertambahan waktu Aku bernafas di atas bumi Allah ini, Aku sentiasa cuba untuk mencari kesalahan sendiri lebih dari mencari kesalahan orang lain. Cuba untuk bertanya pada orang rapat sekeliling perihal diri sendiri. Ego yang ada sudah banyak kali Aku letak pada tahap yang terbawah sekali. Ya! Terbawah! Bukan untuk memperlihatkan betapa lemahnya Aku, tapi jika dengan merendahkan ego dapat menyelesaikan masalah, Aku, Akulah orang pertama yang akan mempraktikkan itu. InshaAllah.
Dan, demi sehari, dan kesehari lagi, yang Aku tidak tahu bila penghujungya, Aku sudah mula letih. Sudah mula lelah. Seperti bertepuk sebelah tangan biasanya tidak berbunyi. Aku tak tahu. Dengan ilmu yang Allah beri pinjam ini, akal Aku tidak tercapai untuk merasakan, Adakah letih dan lelah ini, Allah beri petunjuk pada Aku untuk cuba bertenang dan berfikiran secara rasional? Atau adakah Aku masih di takuk lama dengan mengikut perasaan? Atau mungkin adakah semua ini datang seiring dengan misi untuk menjadi lebih matang? Entah. Buntu bila difikirkan. Sungguh buntu.
Dengan serendahnya hati, Aku mohon ampun dan maaf untuk disetiap salah dan tingkah kata.
Memohon maaf untuk disetiap perkara dan detik yang merobek hatimu tanpa Aku sendiri sedar kapan mulanya.
Datanglah, dengan cara apa sekalipun kepadaku untuk kau Listkan satu persatu apa salah Aku. InshaAllah, Aku terima semua dengan senang hati. Sebab terkadang insan lain adalah cermin bagi diri sendiri.
Dan jika perlu Aku datang kepadamu, layanilah aku dengan layanan yang selayaknya Kau beri pada Aku mengikut percaturanmu sendiri.
Kerana Aku, insan yang banyak kurang dari lebihnya ini, tidak berdaya untuk mengawal disetiap emosi sekeliling. Sungguh Aku tidak mampu. Kerana disetiap pengawalan itu, yang selalu merasa sakit dan deritanya adalah Aku.
Mungkin dengan wujudnya tinta ini, akan mengeruhkan lagi keadaan. Akan membuat benda yang selama ini longgar simpulannya akan menjadi lebih ketat. Aku serah itu semua pada DIA. Tapi, tahulah bahawasanya tangan dan kaki, deguo jantung dan hati pada tika ini, sunggah tidak berada pada paras yang normal. Sungguh begitu banyak yang bermain diruang legar otak. Semoga kita semuanya bahagia sampai bila-bila. Semoga sebenarnya ini hanyalah mimpi yang aku sendiri reka sedang pada hakikatnya keadaan direaliti baik-baik sahaja.

Moga
Wednesday, February 5, 2014
Waktu itu
Assalamualaikum,
Waktu kecil, waktu kanak-kanak, waktu akil baligh baru sedang hendak datang menyuit menyapa kau akan sekali dua.
Waktu dimana kau berada dalam fasa suci tanpa sebarang noda.
Waktu kau rasa masalah terbesar kau tidak lain tidak bukan hanyalah bilamana ibu ayah kau sekat waktu main kau sebab suruh baca buku, bilamana ada kawan-kawan sekolah kau hasut kawan-kawan lain kau untuk tak kawan dengan kau sebab dengki dengan kau, atau bilamana kau tak dapat beli majalah ujang gempak yang latest edition sebab duit belanja sekolah kau dah habiskan beli coki2, guli dengan jutaria dekat "Pasaraya One Cent"!
Phuhhh! Betapa indah dunia waktu itu.
Dimana masalah bukanlah sebenarnya masalah. Dimana kemahuan bukanlah sebenarnya kehendak.
Ibu ayah kerja balik lewat petang bukan masalah bagi kau untuk gembira main macam puaka dekat rumah dengan adik-adik lelaki kau.
Rumah flat dua bilik umpama syurga terindah untuk kau orang main sorok-sorok ibu, untuk main masak-masak, untuk main guli, main tepuk card, main police entree, main belon aca, main tangkap spider simpan dalam kotak kaset lepas tu battle kan dengan spider orang lain, main sambut birthday olok-olok dengan adik-adik kau pakai kek coco pie dan sumi beli dekat van pot-pot tiap malam, main ronders and apa-apa je lagi jenis permainan yang aku bet budak-budak sekarang tak akan tahu. Dehek -___-"
Sebab adik-adik kau semua lelaki, kau memang tak ada kenangan terindah yang tersemat di jiwa raga moment dimana kau pakai gaun macam pwincess dengan kasut loceng bunyi macam hareeemmm tu. Haha! Kau ok je ikot diorang main bola dekat taman petang-petang. Ok je pakai baju bola Menyu dengan stokin ropol. Sebab apa ada kisah.
Tiap kali weekend, Ibu Ayah memang tak akan miss punya untuk bawa kau jalan-jalan jumpa cousins. Bawa pergi makan Kepsi. Bawa pergi mandi dekat wetworld. Bawa pergi pantai lido main air yang tak berapa nak wangi sambil makan celup-celup petang-petang. Bagi kau rasa bahagia yang sebenarnya bahagia! Sebagai seoarang yang belum akil baligh, betapa cukup puas untuk kau. Haihhh.
Betol orang cakap "Good memories will always remain in heart"
Bahagianya untuk waktu itu, Waktu dimana kau masih duduk dengan Ibu Ayah. Melekat dekat celah ketiak dan rasa selamat tiap masa. Betapa bahagia sebahagianya!
Dan bila sekarang kau jauh dari keluarga. Jauh sebab belajar. Jauh sebab kerja. Every moments tu terasa pergi dengan begitu cepat. How times flies. Memang ayat cliche. Tapi memang itu lah yang jadi. Bila mana setiap tempat yang kau pergi, setiap benda yang kau buat, setiap orang yang kau tengok will always remind you at home. Seriously! Betapa moment itu sangat lah indah!
Dan bila sekarang tiap kali kau ada peluang untuk cuti pulang balik kampung, kau dengan secara lahiriahnya akan appreciate to every single things masa yang kau ada untuk spend quality time dengan family kau. Walau sepenat selelah mana pun kau waktu itu, dah kau tolak sejauh mungkin. Sebab masa berharga macam ni, yang dulunya hari-hari kau hadap, sekarang hanya datang untuk sekali dalam sebulan dua. HMMMMMMMM. Mengeluh panjang. Setiap kali pun memang mengeluh panjang!
Aku, Kau, Dia sememangnya sekarang ni, rindu yang amat pada waktu dulu itu yang jauh dari masalah dan jauh dari kesesakan hidup yang menekan. Semoga bahagia sampai bila-bila.

Sunday, January 12, 2014
Diam
Assalamualaikum.
Berdiam tanpa orientasi reaksi dari tubuh, bukan bermakna kau kalah atau menyerah.
Itu bermakna minda tanpa sedar kau membiarkan mereka berasa menang untuk satu hari lagi.
Bila sabar sudah tidak lagi ketertampungan.
Bila kata hati terkumpul seperti air bertakung di jalanan yang yk terluahkan.
Nah. Pada masa itu, kau muntahkan segala isi yang tk tertanggung sehingga mereka mati kata dan rasa. Baru semua tahu siapa si pengalah itu sebenarnya.
Kerana aku yang pertama
Assalamualaikum,
Pernah tak di sampai satu tahap ketika, di kala iman tidak selari dengan pemikiran dan perwatakan minda, hati kau meberontak tegar melahirkan rasa ketidakbersyukuran engkau diatas setiap kurnia yang Dia Maha Teragung anugerahkan? Ya! Tidak perlu engkau, aku juga. Pada saat ketika umur sementah nasi jelantah dahulu, pada saat pemikiran sepenuhnya berasaskan dari hati jahiliah, aku sering menyalahkan takdir. Aku sering merungut disetiap detik perjalanan hidup. Tolong! Jangan salahkan mereka yang memberi cinta. Kerana. Aku, aku sendiri yang memilih untuk begini. Sedih yang abadi!
Sesetengah dalam kalangan manusia, dirasakan amat bertuah jika dilahirkan ddari dasar keluarga yang duitnya tidak bertepian dan hartanya tidak kehabisan. Disetiap keperluan asas mahupun tidak asas, dilengkapkan dengan sepenuhnya oleh keluarga.
Duit elaun diguna boros bershopping, tidak mengapa. Kerana akan ada yang menghulur. Merungut penat berjalan lenguh kaki ke kelas, tidak mengapa. Sebiji kereta lengkap dengan insuran diri seumur hidup disediakan. Itu tak termasuk dengan lesen kenderaan yang dah sempurna dapat sesejak habis SPM lagi. Mengaduh demam, terus dihulurkan ubat secara live. Phuhhh
Sumpah! Dekat dalam lubuk jiwa aku yang paling dalam, aku sering terdetik. "Pernah tak mereka merasa walau sekelumit kesusahan disebelum kesenangan?", "Tahukah mereka bertapa ramai lagi orang dekat luar yang sangat mendambakan kesenangan tanpa perlu bersusah seperti mereka?". Hmmmmm.
Aku bukan mahu mengeluh atau menyalahkan takdir. Ya! Untuk umur yang meningkat ini. Untuk ilmu sekangkang kera yang ada terpalit dalam jiwa ini, aku tahu bertapa kita hamba Dia perlu sentiasa bersyukur diatas setiap kurniaan. Atas sebab itu juga, aku semakin jarang memlih untuk terus mengeluh dan mengeluh.
Ok. Mungkin ada sedikit cemburu. Biasalah. Aku bukan maksum untuk terus buang sifat cemburu sesama manusia itu secara total. Tapi cukuplah untuk aku katakan, aku tidak cemburu mengkhinzir buta dan tidak pernah menyesali akan takdir aku. Kerana, on the top of that, aku bersyukur. Dikurniakan keluarga bahagia yang sempurna. Aku bersyukur, oleh kerana didikan Ibu Ayah yang tidak pernah memandikan aku adik beradik dengan kemewahan wang ringgit, yang buatkan aku appreciate setiap kesusahan di sebelum kesenangan. For every single cents that I've used, I know there'll be someone out there wish to be at my place.
Aku kakak sulong. Anak yang kepertamanya dilahirkan atas nama cinta suci Ibu Ayah. Dan oleh kerana yang pertama itu, aku galas tanggungjawab maha berat yang tak ternampakkan. Tanggungjawab keatas segala yang aku pikul ini, tidak pernah sedikit pun aku kesali. Untuk terus melupakan keinginan dan kehendak perempuan dewasa yang sentiasa memberontak untuk dipenuhi bukan semudah itu. Tetapi, selagi Dia Pemilik Segala Hati mengurniakan aku rasa kecukupan yang tak terbataskan, sudah cukup bersyukurnya aku. :)

Kurnia Dia, sememangnya tidak bertepi. Disetiap perkara yang terjadi
tertulis di kitab lebaran hidup kau, pasti dan sudah dijanjikan ada
hikmah yang terpalit. Percayalah. Kerna itu pasti! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)