Sunday, August 21, 2011

Jeans lusuh dan skirt baru

Assalamualaikum & Hi

Tempat duduk sudah beralih arah.
Maaf, bukan beralih arah tetapi sudah beralih penghuni.
Tiada lagi seluar jeans lusuh menjadi peneman setia si kerusi.
Tetapi digantikan dengan skirt baru yang cantik dan lebih feminin.
Mungkin kau lebih sukakan itu.
Bantal CJ7 yang sudah terbiasa dengan rambut lurus kepunyaan 'dia' sekarang harus membiasakan diri dengan rambut ikal kepunyaan 'itu'.
Semoga tempat duduk itu akan berasa lebih selesa. dan YA! seharusnya dia berasa selesa kerana sudah berganti tuan yang baru. yang mungkin lagi membuatkannya berasa selesa.

Erh? ,merepek lagi ni. haihhh.dah2. pergi sana cepat.main jauh2. ^_^
btw,imy :)

THE END


No comments:

Post a Comment