Saturday, June 4, 2011

Tips dari Dr.Cinta :)

hey bloggers. :D
i am pretty sure that most of the teenagers out there pernah terfall in love to someone, pernah bercouple, pernah ada perasaan suka dekat sumone or maybe pernah ada rasa lain sikit dekat sumone. kan3? kalau tak banyak, sikit pn mesti kne ada perasaan tu sbb we are just human being yang ada perasaan untuk menyayangi dan disanyangi.wee~
Kadang2, bila perasaan itu datang it is just beyond our control. kita tak perasan pn, dan tiba2 da masuk dalam hati. even ada orang sekeliling yg selalu dok potpet2 pn,kita mmg macam tak boleh nk ambil peduli sbb mereka tak rasa apa yang kita rasa.sebab tu la, bukan mudah nak jaga hati. perlu kan baja yang terbaik dan sumber air yang bersih untuk kita pastikan yang hati kita kan tumbuh subur sentiasa.

Istilah 'couple' memang tidak asing lagi bagi seorang remaja. Seolah-olah istilah ini sudah sebati dengan kehidupan seorang insan yang bernama remaja. Mengikut kamus dewan edisi fifi, couple boleh ditakrifkan sebagai ikatan percintaan sebelum perkahwinan yang wujud diantara seorang lelaki dan wanita. dimana pada fasa ini, pasangan ini saling meluahkan rasa cinta dan keinginan untuk membina kehidupan bersama sehingga ke peringkat yang lebih terjamin.
Ada diantara pasangan ini, berjaya untuk merealisasi kan impian mereka sehingga ke jinjang pelamin. alhamdulillah. Namun, Ada juga yang kecundang di tengah jalan, mungkin kerana bukan tersurat jodoh diantara mereka. Dan ada juga yang couple smpai 7thn lamanya,kononya cinta hidup mati la.tapi,end up dengan break up. "kita sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah yang berhak menetukan segalanya"

For those yang pernah experienced macam mana perasaan apabila break off dengan bf haruslah sangat memahami betapa "gembira" nya perasaan itu. Well,ekc the main point for this entry are to share with all the bloggers on how to handle our self bila ditinggal kan oleh bf/gf. lagi2 la kalau yang da couple smpai 7-8 thn tu,then tibe2 break off kan. Duhh!!!saket der.
Sila praktiskan amalan ini :

1. La Tahzan (Jangan bersedih)
Tidak berbaloi rasanya untuk kita nak bersedih diatas apa yang terjadi. Let bygone be bygone. Its normal la kan kalau kita nak bersedih dalam sehari dua sebab mengenangkan nasib kena tinggal kan dgn org yg disayangi.erk?hahahah. Tapi cuba fikir balik, ada ke orang yg korang sayang tu sekarang ni tgh bersedih sama macam korang ataupun sekarang ni dorang tu ngah berfoya-foya dengan pasangan lain dekat luar sana atau mungkin sedang bergembira meraikan perpisahan. Aigooo!!mmg tak berbaloi langsong la air mata korang untuk orng2 seperti mereka.
Kalau da macam lebih 3 hari korang berendam dengan air mata, saya syorkan korang jeri kuat2. AAK a.k.a ADA AKU KESAH!!! hahaha

2. Percaya pada ketentuanNya
Mungkin memang orang itu bukan jodoh untuk anda. Sejak dari azali lagi, sudah tersurat di Lauh Mahfuz tentang siapa yang akan menjadi jodoh kita. Jodoh dan pertemuan itu sememangnya sangat jauh dengan bidang kuasa manusia, sebab semua itu adalah urusan dan kerja Allah:Yang Maha Mengetahui bagi apa yang terdapat di langit dan dibumi. Anggaplah, dalam perjalanan anda untuk menemui jodoh atau cinta sejati anda itu, anda berjumpa dan berkenalan dengan ramai orang. Orang kata, sebelum kita bertemu dengan orang yang betul,kita kan bertemu dulu dengan orang yang salah.erh?faham tak ayat saya?hahaha. ada hikmah disebaliknya yang mungkin kita tak nmpak sekarang tapi akan datang. its okai to make mistake in life. As long as you are not going to rpeat the same mistake in the future. Learn from the mistake.

3. You deserve someone beter.
Berhak ke orang2 yang da menyakitkan hati anda, yang da buang anda, yang tak pernah langsong nak menghargai anda tu dapat cinta dan kasih dari anda? Layak ke mereka untuk orang yang setia seperti anda? Fikirkan semula. Seharusnya lah mereka itu tidak berhak langsong untuk mendapatkan semua itu dari anda. Kemon la!You deserve sumone beter sayang. Jangan pernah rasa menyesal kalau anda ditinggalkan oleh orang2 yang sebegitu. Instead, anda patut rasa bersyukur kerana telah terselamat dari mereka yang tak berguna.

4. Busy kan diri dengan aktiviti yang disukai.
Semestinya la anda semua ada perkara yang disukai untuk dibuat kan? like shopping,playing sport, hang out with a friends, or ape2 je la. As long as anda happy dengan aktiviti itu,then haruslah anda membusykan diri dengan bnda2 tu sume. Jangan nk gatai2 p kunci diri dalam bilik, mogok makan, mogok nak buat semua benda n dgr lagu2 yg broken heart punye. SANGAT DILARANG. Sebab kalau anda buat macam tu, lagilah anda akan rasa sedih dan susah nk lupa kan si dia. Makin tambah depressed je.

5. Song will make u calm.
Cuba untuk dengar lagu2 yang membangkitkan semangat. Lagu2 yang bersifat ketuhanan dan kemanusiaan yang kalau anda dengar, rasa sejuk dan tenang je rasa. Mungkin lagu nasyid boleh membantu. Lagu2 lain pun boleh juga dengar as long as bukan lagu sedih2 or lagu2 heavy metal yang kalau anda dengar buat kan lagi serabut kepala anda.

6. Sharing is caring
Kalau ketika anda masih berada dalam fasa kecewa tahap dewa atau sedih tahap gaban, silalah anda untuk mencari sahabat2 yang anda rasa boleh menjadi pendengar yang setia dan boleh menjadi penasihat yang baik untuk membantu anda mencari cara yang terbaik untuk melupakan sidia. Berceritalah masalah anda kepada orang yang anda percaya. Sebab 2 is beter than 1 kan? Jangan simpan masalah anda sehingga menjadi racun yang akan membunuh diri anda dalam diam.*ayat cannot go betol.hahaha

7. Make friends with the right one
Ketika dalam fasa2 anda nak lupakan sidia tu kan, cuba anda berkawan dengan orang yg tak ada couple. Buat sementara waktu, elakkan diri daripada terlibat dalam sebarang bentuk perbincangan atau perbualan yang ada kena mengena dengan "keseronokan bercouple". cuba untuk tidak menyempitka kotak fikiran anda dengan sesuatu yang boleh membuat anda ingin kembali kepada sidia. Bila anda da rasa stabil dan rasa macam hati da kebal, bolehla rasanya untuk anda kembali bercampur gaul dengan topik2 "couple"

8. You no longer in my life lah!
Sila buang semua benda yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Kalau rasa sayang nk buang pn, silelah simpan didalam kotak dan letak kan jauh2 daripada pandangan mata anda. Biasa la kan,kalau time bercinta kan macam2 barang dapat, like baju,teddy bear,gamba, bekas choclate,surat cinta or ape2 je la. Kalau semua benda ni, hanya membuatkan anda bertambah ingat pada si dia, silalah jangan disimpan. Saya syorkan untuk anda meletakkan semua barang2 ni jaoh dari pandangan mata nada.:)

9. I can live without you!
Saya sangat faham perasaan dan perangai orang2 yang setia dalam percintaan ni, oleh kerana mereka sangat sayang kepada seseorang, mereka akan meletakkan seluruh jiwa raga kepada orang itu. Even dalam tempoh bercouple tu pn, kalau ada someone beter yang try nak approach mereka, mmg mereka tak kan pernah nak layan. Sebab dalam hati selalu cakab, bf aku lagi beter.-__-". janganlah tutup pintu hati anda untuk memberi peluang kepada orang lain. jangan menyimpan dendam dan merasakan seolah dunia ni da tak bermakna tanpa si dia yang da buang anda. kembali kepada dunia nyata. luaskan lagi pandangan anda. perjalanan ini masih jauh. masih banyak lagi ruang untuk anda explore. jangan sempitkan kotak fikiran anda.

10. Learn from the past.
Jika hati sudah pulih dan tiada lagi bayangan si dia dalam hidup anda, tiba2 hati pula terdetik untuk mengenali yang lain, letakkan la niat untuk mengenali itu ditempat yang sepatutnya. Minat la dia kerana Allah. Bukan kerana rupa parasnya semata2 tetapi kerana kecantikan dalaman yang dimilikinya. Tanamkan niat untuk tidak mengulangi kesilapan yang lama yg akhirnya berakhir dengan kesedihan. Jika niat itu diletakkan di saluran yang betul, insyaAllah akan dipermudahkan. mudah-mudahan sehingga kearah itu.:)

Last bt not least, cintailah kepada yang berhak untuk dicintai. Semoga cinta manusia tidak pernah mengaburi anda untk mencintai kepada yang lebih berhak untuk dicintai. persiapkanlah diri anda untuk menempuh apa jua kemungkinan di masa akan datang.
(pesanan untuk diri sendiri)

p/s:pemgisian ini berdasarkan pengalaman.mungkin dapat membantu.

TERIMA KASIH AWAK for everything.:)


No comments:

Post a Comment